TechLife Pad Mini LTE kini rasmi di Malaysia – RM 499 sahaja

TechLife secara rasminya telah memperkenalkan tablet TechLife Pad Mini LTE di Malaysia, sebuah tablet kompak pada harga yang sangat berpatutan.
Tablet ini hadir dengan skrin paparan berukuran 8 .0-inci dengan resolusi HD 800 × 1280 piksel, kadar segar semula 60Hz serta kecerahan sehingga 400 nits. Ia dikuasakan oleh MediaTek Helio G80, bersama 4GB RAM yang boleh diperluaskan sehingga 8GB melalui RAM Expansion.
Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuk sokongan 4G LTE, Android 16, Widevine L1 untuk penstriman HD, Read Mode, Circle to Search, Split-Screen dan Google Gemini.
Beralih ke bateri , TechLife Pad Mini LTE dilengkapi kapasiti 6,300mAh, dengan sokongan pengecasan 10W dan 5W reverse charging.
Dengan saiz yang kompak dan sokongan LTE, tablet ini sememangnya menarik untuk pengguna yang mahukan peranti mudah dibawa untuk hiburan, pembelajaran dan tugasan harian.
TechLife Pad Mini LTE akan mula dijual di Malaysia pada 15 Ogos ini dengan harga promosi jualan pertama RM 499 sahaja sehingga 15 September ini.


