Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan HONOR 400 Series terima sambutan hangat – hanya tiga hari sahaja lagi

Pra-tempahan HONOR 400 Series terima sambutan hangat - hanya tiga hari sahaja lagi 1

Pra-tempahan HONOR 400 Series terima sambutan hangat - hanya tiga hari sahaja lagi 2

Tempoh pra-tempahan HONOR 400 Series  telah bermula sejak Khamis lalu dan menerima sambutan hangat. Dengan hanya berbaki tiga hari sebelum tempoh pra-tempahan tamat pada 29 Mei, inilah masa terbaik untuk mendapatkan HONOR 400 Series bersama pelbagai hadiah percuma yang eksklusif dan terhad.

Bermula pada harga RM1,899, pelanggan bukan sahaja membawa pulang HONOR 400 Series yang canggih, malah turut menerima waranti Jaminan Lanjutan 1 Tahun serta pelbagai hadiah menarik termasuk Instax Mini LiPlay PERCUMA dan fon kepala HONOR CHOICE Active Noise Cancelling yang menjadi rebutan generasi muda.

Oleh itu, jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf pengalaman telefon pintar dengan Siri HONOR 400 semasa tempoh pra-tempahan ini. Malah, pelanggan yang membeli HONOR 400 dengan storan 256GB akan mendapat naik taraf PERCUMA ke 512GB pada hanya RM1,899!

Pra-tempahan HONOR 400 Series terima sambutan hangat - hanya tiga hari sahaja lagi 3

Berikut adalah tawaran pra-tempahan ini:

HONOR 400 Pro

  • RAM 24GB + ROM 512GB: RM2,699
  • Hadiah percuma: Instax Mini LiPlay (tertakluk kepada ketersediaan stok) dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM1,097

Baca ULASAN : HONOR 400 Pro – Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran

HONOR 400

  • RAM 24GB + ROM 256GB: RM1,899
  • RAM 24GB + ROM 512GB: RM2,199
  • Hadiah percuma: Fon Kepala HONOR CHOICE Active Noise Cancelling dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM898

Baca ULASAN : HONOR 400 5G – Peranti Premium Midrange dengan ciri AI Image to Video

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.