HONOR 600S 5G kini di Malaysia, Harga RM1,299 Dengan Bateri 8,100mAh

HONOR Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi model didalam rangkaian Number Series dengan pelancaran HONOR 600S 5G, telefon pintar yang memfokuskan ketahanan, prestasi dan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
HONOR 600S 5G kini boleh didapati di seluruh negara menerusi HONOR Experience Store, rakan niaga rasmi, platform dalam talian dan telco terpilih, HONOR 600S 5G dijual pada harga RM1,299.
Antara ciri utamanya termasuk ketahanan jatuh dari ketinggian sehingga 2.5 meter, perlindungan air IP69K serta bateri berkapasiti besar 8,100mAh.
HONOR 600S 5G hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 6.87-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 4 bersama 4GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Dari segi kamera, HONOR 600S 5G memiliki sensor utama 50MP f/1.8 bersama auxiliary lens manakala kamera selfie adalah 5MP.
HONOR 600S 5G menggunakan teknologi Cushioning and Fall Protection Architecture yang telah menerima pensijilan SGS Premium Performance dengan penarafan 5-Star All-round Drop Resistance. Ia direka untuk menahan impak akibat jatuh dari ketinggian sehingga 2.5 meter.
Telefon ini turut menyokong penarafan kalis air IP68, IP69 dan IP69K. Ia mampu menghadapi air bersuhu sehingga 85°C serta keadaan kelembapan tinggi sehingga 24 jam. Teknologi Wet-hand Touch juga membolehkan skrin terus berfungsi dengan responsif walaupun tangan atau permukaan skrin basah.
HONOR 600S 5G dilengkapi bateri 8,100mAh yang juga menyokong pengecasan 45W HONOR SuperCharge dan direka untuk penggunaan berpanjangan dengan jangka hayat sehingga enam tahun.
Ia turut dilengkapi pembesar suara dwi dengan peningkatan volum sehingga 400% , NFC untuk transaksi dan interaksi harian yang lebih mudah dan AI Button.
HONOR 600S 5G kini ditawarkan dalam dua pilihan warna, Desert Gold dan Velvet Black. Ia dilengkapi RAM 12GB (4GB RAM fizikal + 8GB HONOR Turbo RAM) serta storan 256GB.
Setiap pembelian turut disertakan pakej hadiah percuma bernilai RM199 yang merangkumi jaminan lanjutan selama setahun dan rebat segera RM100.
Dalam pada itu, pengguna juga boleh mendapatkan HONOR 600S 5G menerusi pelan pascabayar telco terpilih dengan tawaran berikut:
- CelcomDigi: Percuma dengan Pakej MegaJimat.
- U Mobile: Percuma dengan Ultra Global 98.
- Maxis: RM59 dengan Maxis Postpaid 109.
- Yes: RM67 sebulan dengan Infiniti+ Basic.



