ULASAN : HONOR 400 5G – Peranti Premium Midrange dengan ciri AI Image to Video

HONOR 400
Pengenalan
Selepas pelancaran HONOR 400 Lite bulan lalu, HONOR telah mengesahkan bahawa beberapa lagi model HONOR 400 Series akan memasuki pasaran Malaysia sehubungan dengan itu HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini telah dilancarkan secara rasmi dipasaran tempatan.
Malaysia merupakan pasaran global pertama yang menerima telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi Next-Gen AI Imaging ini.
Sebagai telefon pintar pertama didunia dengan ciri AI Image to Video, HONOR 400 menarik perhatian dunia kerana ciri yang terhasil dengan kerjasama dengan Google Cloud AI membolehkan video dihasilkan daripada gambar statik.
Selain AI Image to Video, HONOR 400 juga membawakan pelbagai ciri AI yang baharu seperti AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale dan tidak lupa ciri fotografi Harcourt yang kini memasuki generasi kedua.
Ulasan ini akan merungkai sepenuhnya HONOR 400 secara mendalam untuk memberikan anda kesemua maklumat yang diperlukan yang mungkin sedikit membantu anda memilih telefon pintar HONOR 400 Series yang sesuai.
Berikut adalah ulasan HONOR 400 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,899.
Reka Bentuk
HONOR 400 tampil dengan rekaan yang ‘flat’ dimana ianya ternyata berbeza dengan HONOR 400 Pro.
HONOR 400 ini lebih seiras seperti HONOR 400 Lite namun model ini mempunyai bahan yang lebih premium dengan kemasan modul kamera yang unik namun sudah pastinya dikaitkan dengan rekaan telefon pintar Pura Series daripada HUAWEI.
Selain itu, HONOR 400 ini menampilkan panel belakang yang diperbuat daripada gelas dengan kemasan matte yang amat anti capjari dan ianya juga turut uniform dengan bingkai peranti yang juga mempunyai kemasan matte dan mengikut warna peranti.
Bercakap mengenai warna, HONOR 400 didatangkan didalam tiga warna iaitu Tidal Blue, Midnight Black dan Dessert Gold seperti unit ulasan kami.
Seterusnya, HONOR 400 memiliki modul kamera segi tiga yang membulat dimana terdapat kemasan warna krom pada sekililing modul kamera yang menempatkan dua sensor kamera dan satu lampu flash.
Pada bahagian sisi kanan, HONOR 400 memiliki butang kuasa dan butang kelantangan bunyi, diikuti gril pembesar suara dan port usb-c pada bahagian bawah serta IR blaster, mikrofon dan gril pembesar suara pada bahagian sisi atas peranti.
Bercakap mengenai ukuran dimensi, HONOR 400 memiliki ukuran 156.5mm x 74.6mm x 7.3mm dengan berat 184 gram mengambil kira bateri 6,000mAh yang dimiliki oleh telefon pintar ini. Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan debu IP66 dengan pensijilan SGS Five Star Drop Resistance.
Secara keseluruhan, HONOR 400 hadir dengan rekaan yang premium yang amat sinonim sudah dengan HONOR Number Series namun telefon pintar ini boleh dikatakan berada pada tahap yang lebih baik secara keseluruhanya.
Skrin Paparan
HONOR 400 memiliki saiz skrin paparan yang lebih kompak dikalangan keluarga HONOR 400 Series iaitu berukuran 6.55-inci. Ianya adalah panel AMOLED yang mempunyai resolution 1.5K dengan sokongan 1.07 bilion warna dan kepadatan piksel mencecah 460ppi.
Panel yang digunakan pada HONOR 400 ini juga mempunyai saiz bezel yang nipis dan ianya selari pada semua sisi dan ianya turut tampil dengan lapisan gelas keselamatan Super Reinforced Glass yang tahan lasak dan calar.
Selain itu, HONOR 400 membawakan sokongan kadar segar semula 120Hz yang mana terdapat tiga tetapan kadar segar semula yang ditawarkan iaitu Dynamic, Standard dan High.
Lebih penting, HONOR 400 juga membawakan ciri Premium HONOR Eye Comfort yang termasuk Circadian Night Display, Dynamic Dimming, AI Defocus, 3840Hz PWM Dimming, Sunlight Display enhancement dan banyak lagi.
Tidak lupa juga, panel skrin HONOR 400 ini mampu menawarkan kecerahan sehingga 5,000nits apabila melihat kandungan HDR.
Pemproses
HONOR 400 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 7 Gen 3 yang merupakan cipset 4nm yang menawarkan prestasi yang cukup baik bagi sebuah telefon pintar kategori midrange.
Walaubagaimanapun, cipset ini adalah yang sama seperti pada HONOR 200 yang merupakan generasi sebelum ini kerana HONOR tidak melancarkan 300 Series di Malaysia.
Cipset kelas midrange ini dikilangkan oleh TSMC yang menawarkan 15% peningkatan prestasi CPU, 50% peningkatan prestasi GPU dan 20% penjimatan tenaga berbanding generasi sebelum ini. Ianya juga dipadankan dengan 12GB RAM + 12GB RAM Turbo serta storan dalaman 512GB.
Selain itu, HONOR 400 ini hadir dengan sistem operasi Magic OS 9.0 yang berasaskan Android 15 dengan pelbagai ciri AI yang sudah menjadi asam garam sebuah telefon pintar.
AI Deepfake Detection
Ciri AI Deepfake Detection ini pertama kali diperkenalkan pada HONOR Magic 7 Pro dan ianya kini telah tiba ke HONOR 400 Series.
AI Deepfake Detection
- Teknologi canggih ini ialah ciri pengesanan penipuan deepfake yang terbina pada telefon pintar (pertama diduniq) untuk mengimbas video yang dimanipulasi oleh AI semasa panggilan video.
- Semasa panggilan video, AI Deepfake Detection mengimbas untuk memeriksa sama ada kandungan kelihatan nyata atau palsu. Ia juga mengimbas pergerakan mata, pencahayaan, dan kualiti video untuk mengesan sebarang tanda manipulasi.
- Jika kandungan dikesan dimanipulasi dalam masa 3 saat, amaran akan muncul pada skrin untuk memberi amaran kepada pengguna.
Lebih lanjut, ciri Deepfake Detection boleh digunakan pada panggilan video yang dilakukan melalui aplikasi seperti Whatsapp dan banyak lagi.
Untuk mengaktifkan ciri ini sila ke Settings > Security & Privacy > Device & data protection > ON AI Deepfake Detection.
AI Work
Aplikasi HONOR Notes direka untuk membantu profesional yang bekerja dalam pencatatan nota yang cekap semasa mesyuarat, mengoptimumkan aliran kerja dan tahap produktiviti mereka
AI Summary – ciri ini membantu meringkaskan kandungan nota anda dan memasukkannya sebagai abstrak kandungan.
AI Format – Fungsi ini mempunyai pilihan yang disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk, Asas, Perniagaan, Vivacious dan Klasik.
AI Minute – Pengguna boleh mencari maklumat penting dengan cepat daripada mesyuarat yang panjang, latihan, kursus atau temu duga transkrip dengan meringkaskan perkara utama.
AI Correction – AI Correction boleh digunakan untuk membetulkan ejaaan sesuatu perkataan dengan mudah tanpa perlu mencari kesilapan ejaan dengan menggunakan mata kasar.
Magic Portal
Ciri Magic Portal adalah ciri yang memudahkan kerja-kerja anda dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya perlu bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan buku jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.
AI Translation
AI Translation mengatasi batasan bahasa dalam perbualan . Ianya menawarkan sokongan terjemahan pantas dalam 13 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Jepun dan Korea semasa perbualan bersemuka dan HONOR juga komited untuk menawarkan sokongan bagi lebih banyak bahasa dari semasa ke semasa. Terdapat dua mod (audio) Chat yang ditawarkan iaitu Conversation dan Face to Face manakala Interpreter (teks) pula adalah terjemahan secara langsung dari audio yang dicakap.
Google Gemini
Aplikasi Google Gemini pada HONOR 400 ini hadir sebagai pembantu AI yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka. Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk membantu mereka belajar, memikirkan idea, menulis, merancang acara dan banyak lagi. Melalui teks, suara, gambar dan kamera, pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan cara baharu.
Untuk mengaktifkan Gemini, anda hanya perlu menekan lama butang Power untuk beberapa saat.
Circle to Search
Ciri Circle to Search kini telah menjadi sangat popular dimana hampir semua telefon pintar Android memiliki ciri
yang memudahkan carian di Google. Anda hanya perlu menekan lama butang bulat atau bar ditengah dan bulatkan sahaja apa yang anda lihat pada skrin untuk memulakan pencarian di Google.
Secara keseluruhan, HONOR 400 mungkin hadir dengan cipset yang sama seperti generasi sebelum ini namun ciri AI yang dibawa adalah yang lebih terkini dan kemampuan telefon pintar ini untuk menjalankan tugas AI dan pengunaan harian adalah sesuatu yang tidak boleh dipersoal.
Kamera
HONOR 400 memiliki sensor utama 200MP Super Sensing yang merupakan sensor yang sama seperti pada HONOR 400 Pro namun HONOR 400 hanya disertakan dengan sensor ultrawide + makro 12MP namun kedua-duanya memiliki OIS. Walaupun tidak memiliki sensor telefoto khas, HONOR 400 masih menawarkan kemampuan zoom yang baik dimana ianya menawarkan sehingga 30x zoom dan turut disertakan ciri AI Super Zoom.
Pengunaan sensor 200MP sudah pastinya memberikan HONOR 400 potensi kamera yang tidak terbatas dan ianya juga membawakan ciri yang semakin hangat dipasaran iaitu AI Image to Video.
Ciri AI Image to Video merupakan komponen utama bagi keupayaan pengimejan AI HONOR, membolehkan penghasilan video terus dari galeri foto dalam telefon, tanpa keperluan aplikasi pihak ketiga. Ini menawarkan kemudahan dan kawalan kreatif yang luar biasa.
AI Eraser 2.0 – Padamkan Pantulan dan Orang Lalu-lalang
Untuk meningkatkan kualiti kepada gambar, HONOR 400 Series menawarkan ciri AI Eraser 2.0 yang dipertingkatkan untuk membuang objek tidak diingini atau latar belakang yang berterabur dengan lebih tepat.
Ciri AI Erase Passersby pula mampu memadam orang yang lalu-lalang, manakala AI Remove Reflection menghilangkan silau dan pantulan pada imej, Ketepatan yang dihasilkan menggunakan ciri-ciri membolehkan gambar tampak lebih profesional dan kemas tanpa sebarang aplikasi tambahan.
AI Cutout – Kebebasan Kreatif
Fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.
Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial yang pasti dicemburui pengguna telefon pintar lain.
AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej
HONOR 400 Series juga dilengkapi dengan ciri AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan.
AI akan mengisi bahagian-bahagian yang perlu diperluaskan secara semulajadi.
AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama
Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci.
Dengan satu sentuhan, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.
Harcourt Studio 2.0 – Potret Lebih Realistik dan Artistik
Harcourt Studio 2.0 mampu mensimulasikan kabur latar seperti kamera optikal sebenar dengan ketepatan fokus dan kejelasan tepi yang tinggi untuk menghasilkan potret yang nampak alami dan hidup. Ia juga menawarkan enam filter Film Simulation menarik selain Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic menjadikan potret lebih artistik dan memukau.
Bateri
HONOR 400 hadir dengan bateri silikon karbon berkapasiti 6,000mAh yang turut membawakan pengecasan pantas 80W HONOR SuperCharge (0-40% dalam 15 minit sahaja).
Ini menjadikan HONOR 400 dan HONOR 400 Pro sebagai telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar pada HONOR Number Series.
Selain itu, HONOR 400 tidak membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar yang mana anda boleh mendapatkan ciri ini jika memilh untuk membeli HONOR 400 Pro yang lebih premium.
Selain itu, HONOR juga memberikan jaminan bahawa bateri ini mampu mengekalkan kapasiti melebihi 80% walaupun selepas 1200 kitaran pengecasan atau secara purata sehingga 4 tahun penggunaan.
Penutup
HONOR Number Series adalah siri telefon pintar midrange yang memiliki populariti yang semakin meningkat dan HONOR 400 mempunyai potensi untuk meningkatkan lagi kedudukan syarikat ini pada pasaran telefon pintar midrange.
Dengan pelbagai ciri AI gred premium seperti AI Image to Video dan Deepfake Detection, HONOR 400 adalah telefon pintar midrange mampu milik yang serba lengkap dan berkemampuan tinggi.
HONOR 400 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,899.