Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR 400 Pro – Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 1

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 2

Pengenalan

HONOR 400 Series telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia yang mana kita menjadi negara pertama diperingkat global untuk menerima telefon pintar ini.

Apa yang menarik pada Number Series tahun ini adalah tiga model HONOR 400 Series telah dilancarkan di Malaysia yang didahului dengan pelancaran HONOR 400 Lite pada pertengahan bulan April dan kini disusuli HONOR 400 dan HONOR 400 Pro.

Satu lagi fakta yang harus kami kongsikan kepada pembaca adalah HONOR 400 Pro kini sudah menghampiri kategori flagship dari segi rekaan dan prestasi yang mana telefon pintar ini boleh diletakkan sebagai satu lagi pendatang baharu didalam kategori flagship killer.

Seperti HONOR 400, HONOR 400 Pro juga hadir dengan ciri AI Image to Video yang menjadi topik hangat sejak diumumkan akan ditawarkan buat pertama kali pada telefon pintar hasil kerjasama Google Cloud AI.

Berikut adalah ulasan HONOR 400 Pro yang hadir dengan reputasi sebagai salah satu model flagship killer 2025 yang telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM 2,699

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 3

Reka Bentuk

HONOR 400 Pro adalah sebuah telefon pintar yang mewarisi rekaan telefon pintar HONOR Magic Series terutamanya rekaan panel hadapan melekung yang sangat sinonim dengan siri flagship syarikat ini.

Jika HONOR 400 hadir dengan pendekatan rekaan yang flat, HONOR 400 Pro menyaksikan HONOR ke meja lakaran dengan idea rekaan yang lebih premium dan lebih gred flagship.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 4

Selain itu, HONOR 400 ini menampilkan panel belakang yang diperbuat daripada gelas dengan kemasan matte yang amat anti capjari dan ianya juga turut mempunyai sisi yang melengkung untuk kemasan yang selari dengan bingkai peranti yang juga mempunyai kemasan matte  mengikut warna peranti.

Bercakap mengenai warna, HONOR 400 Pro didatangkan didalam tiga warna iaitu Tidal Blue, Midnight Black dan Dessert Gold seperti unit ulasan kami.

Seterusnya, HONOR 400 Pro memiliki modul kamera segi tiga yang membulat dimana terdapat kemasan warna krom pada sekililing modul kamera bersama penjenamaan 200MP AI Camera. Ianya menempatkan tiga sensor kamera dan lampu flash.

Pada bahagian sisi kanan, HONOR 400 Pro memiliki butang kuasa dan butang kelantangan bunyi, diikuti gril pembesar suara dan port usb-c pada bahagian bawah serta IR blaster, mikrofon dan satu lagi gril pembesar suara pada bahagian sisi atas peranti.

Bercakap mengenai ukuran dimensi, HONOR 400 Pro adalah sedikit tebal dan berat berbanding HONOR 400 dimana ianya memiliki ukuran 160.8mm x 76.1mm x 8.1m dengan berat 205 gram . Ianya juga hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68/IP69 dengan pensijilan SGS Five Star Drop Resistance.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 5

Skrin Paparan

HONOR 400 Pro merupakan satu-satunya model didalam keluarga HONOR 400 Series untuk hadir denga  skrin paparan yang melengkung. Ianya adalah panel AMOLED berukuran 6.7-inci Quad Curved yang mempunyai resolusi 1.5K dengan sokongan 1.07 bilion warna dan kepadatan piksel mencecah 460ppi.

Panel yang digunakan pada HONOR 400 Pro ini juga mempunyai saiz bezel yang nipis dan ianya selari pada semua sisi dan ianya turut tampil dengan lapisan gelas keselamatan Super Reinforced Glass yang tahan lasak dan calar.

Selain itu, HONOR 400 Pro membawakan sokongan kadar segar semula 120Hz yang mana terdapat tiga tetapan kadar segar semula yang ditawarkan iaitu Dynamic, Standard dan High. Ianya juga memiliki ciri Natural Tone Display.

Lebih penting, HONOR 400 Pro juga membawakan ciri Premium HONOR Eye Comfort yang termasuk Circadian Night Display, Dynamic Dimming, AI Defocus, 3840Hz PWM Dimming,  Sunlight Display enhancement dan banyak lagi.

Tidak lupa juga, panel skrin HONOR 400 Pro ini mampu menawarkan kecerahan sehingga 5,000nits apabila melihat kandungan HDR.

Pemproses

HONOR 400 Pro dikuasakan cipset kelas flagship yang telah menguasakan kebanyakkan telefon pintar Android premium pada tahun 2024 dan ianya masih kekal relevan sebagai antara cipset terbaik dipasaran.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 6

Cipset Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan pada HONOR 400 Pro mampu memberikan pretasi yang sangat baik dan ianya disertakan dengan 12GB RAM + 12GB HONOR RAM Turbo serta storan dalaman 512GB.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 7

Selain itu, HONOR 400 ini hadir dengan sistem operasi Magic OS 9.0 yang berasaskan Android 15 dengan pelbagai ciri AI yang memainkan peranan besar dalam memudahkan pelbagai ciri keselamatan dan tugas hariqn.

AI Deepfake Detection

Ciri AI Deepfake Detection ini pertama kali diperkenalkan pada HONOR Magic 7 Pro dan ianya kini telah tiba ke HONOR 400 Series.

AI Deepfake Detection

  • Teknologi canggih ini ialah ciri pengesanan penipuan deepfake yang terbina pada telefon pintar (pertama diduniq) untuk mengimbas video yang dimanipulasi oleh AI semasa panggilan video.
  • Semasa panggilan video, AI Deepfake Detection mengimbas untuk memeriksa sama ada kandungan kelihatan nyata atau palsu. Ia juga mengimbas pergerakan mata, pencahayaan, dan kualiti video untuk mengesan sebarang tanda manipulasi.
  • Jika kandungan dikesan dimanipulasi dalam masa 3 saat, amaran akan muncul pada skrin untuk memberi amaran kepada pengguna.

Lebih lanjut, ciri Deepfake Detection boleh digunakan pada panggilan video yang dilakukan melalui aplikasi seperti Whatsapp dan banyak lagi.

Untuk mengaktifkan ciri ini sila ke Settings > Security & Privacy > Device & data protection > ON AI Deepfake Detection

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 8

AI Work

Aplikasi HONOR Notes direka untuk membantu profesional yang bekerja dalam pencatatan nota yang cekap semasa mesyuarat, mengoptimumkan aliran kerja dan tahap produktiviti mereka

AI Summary –  ciri ini membantu meringkaskan kandungan nota anda dan memasukkannya sebagai abstrak kandungan.

AI  Format – Fungsi ini mempunyai pilihan yang disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk, Asas, Perniagaan, Vivacious dan Klasik.

AI Minute – Pengguna boleh mencari maklumat penting dengan cepat daripada mesyuarat yang panjang, latihan, kursus atau temu duga transkrip dengan meringkaskan perkara utama.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 9

Magic Portal

Ciri Magic Portal adalah ciri yang memudahkan kerja-kerja anda dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya perlu bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan buku jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.

AI Translation

AI Translation mengatasi batasan bahasa dalam perbualan . Ianya menawarkan sokongan terjemahan pantas dalam 13 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Jepun dan Korea semasa perbualan bersemuka dan HONOR juga komited untuk menawarkan sokongan bagi lebih banyak bahasa dari semasa ke semasa.

Terdapat dua mod  (audio) Chat yang ditawarkan iaitu Conversation dan Face to Face manakala Interpreter (teks) pula adalah terjemahan secara langsung dari audio yang dicakap.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 10

Google Gemini

Aplikasi Google Gemini pada HONOR 400  ini hadir sebagai pembantu AI yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka.

Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk membantu mereka belajar, memikirkan idea, menulis, merancang acara dan banyak lagi. Melalui teks, suara, gambar dan kamera, pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan cara baharu. 

Untuk mengaktifkan Gemini, anda hanya perlu menekan lama butang Power untuk beberapa saat.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 11

Circle to Search

Ciri Circle to Search kini telah menjadi sangat popular dimana hampir semua telefon pintar Android memiliki ciri

yang memudahkan carian di Google. Anda hanya perlu menekan lama butang bulat atau bar ditengah dan bulatkan sahaja apa yang anda lihat pada skrin untuk memulakan pencarian di Google.

Secara keseluruhan, HONOR 400 Pro yang hadir dengan cipset flagship 2024 ini masih mampu menawarkan pretasi yang sangat baik dan ciri AI yang dibawa pada telefon pintar ini adalah satu kelebihan yang pasti menjadi pertimbangan kepada pengguna.

Dalam pada itu, bagi aspek gaming pula, HONOR 400 Pro mampu memainkan pelbagai permainan video mudah alih yang berintesi tinggi tanpa sebarang masalah mahupun lag.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 12

Kamera

HONOR 400 Pro memiliki sistem kamera yang hampir sama seperti pada HONOR 400 namun ditambah dengan sensor telefoto 50MP IMX 856. Ini bermaksud, HONOR 400 Pro hadir dengan utama 200MP Super Sensing yang memiliki aperture f/1.9 dan OIS serta sensor ultrawide + makro 12MP yang turut memiliki OIS dan EIS.

Dengan sensor telefoto 50MP yang disertakan, HONOR 400 Pro juga membawakan kemampuan zoom sehingga 50x yang turut di pertingkatkan dengan AI Super Zoom yang sebelum ini ditawarkan pada HONOR Magic7 Pro.

Dengan kombinasi kesemua sensor pada bahagian belakang, HONOR 400 Pro mampu menawarkan kualiti fotografi yang sangat baik dan ini turut dipanjangkan kepada kamera selfie 50MP yang dimiliki oleh telefon pintar ini.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 27

Selain sensor kamera, AI juga memainkan peranan yang mendalam pada aspek pengimejan HONOR 400 Pro ini. Ciri AI Image to Video adalah sesuatu yang pasti menjadi perhatian pengguna dimana anda boleh menghasilkan video terus dari galeri foto dalam telefon, tanpa keperluan aplikasi pihak ketiga. Ini menawarkan kemudahan dan kawalan kreatif yang luar biasa.

IMG_0686-1024x455.jpeg

AI Eraser 2.0

Untuk meningkatkan kualiti kepada gambar, HONOR 400 Series menawarkan ciri AI Eraser 2.0 yang dipertingkatkan untuk membuang objek tidak diingini atau latar belakang yang berterabur dengan lebih tepat.

IMG_0687-1024x854.jpeg

Ciri AI Erase Passersby pula mampu memadam orang yang lalu-lalang, manakala AI Remove Reflection menghilangkan silau dan pantulan pada imej, Ketepatan yang dihasilkan menggunakan ciri-ciri membolehkan gambar tampak lebih profesional dan kemas tanpa sebarang aplikasi tambahan.

IMG_0670-1024x854.jpeg

AI Cutout

Fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.

IMG_0671-1024x768.jpeg

Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial yang pasti dicemburui pengguna telefon pintar lain.

IMG_0674-1024x641.jpeg

AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej

HONOR 400 Series juga dilengkapi dengan ciri AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan.

IMG_0676-1024x710.jpeg

AI akan mengisi bahagian-bahagian yang perlu diperluaskan secara semulajadi.

IMG_0677-1024x769.jpeg

 AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama

Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci.

IMG_0680-1024x914.jpeg

Dengan satu sentuhan, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.

Harcourt Studio 2.0

Harcourt Studio 2.0 mampu mensimulasikan kabur latar seperti kamera optikal sebenar dengan ketepatan fokus dan kejelasan tepi yang tinggi untuk menghasilkan potret yang nampak alami dan hidup. Ia juga menawarkan enam filter Film Simulation menarik selain Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic menjadikan potret lebih artistik dan memukau.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 47

Bateri

HONOR 400 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang turut membawakan pengecasan pantas 100W HONOR SuperCharge dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 48

Ini menjadikan HONOR 400 Pro sebagai telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar pada HONOR Number Series iaitu sama seperti HONOR 400.

Dengan cipset yang cekap tenaga, HONOR 400 Pro  menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa melebihi satu hari penggunaan tanpa sebarang masalah.

Selain itu, HONOR juga memberikan jaminan bahawa bateri ini mampu mengekalkan kapasiti melebihi 80% walaupun selepas 1200 kitaran pengecasan atau secara purata sehingga 4 tahun penggunaan.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 49

Penutup

HONOR 400 Pro pada tahun ini boleh dikatakan sebagai berada pada satu tahap lebih tinggi berbanding HONOR 200 Pro kerana ianya telah berada pada sempadan telefon pintar kelas flagship atau lebih dikenali sebagai killer flagship.

ULASAN : HONOR 400 Pro - Flagship Killer terbaru HONOR kini tiba untuk mengegar pasaran 50
Perbezaan rekaan HONOR 400 Pro dan HONOR 400

Selain cipset Snapdragon 8 Gen 3 yang menguasakan kebanyakkan telefon pintar terbaik 2024, HONOR 400 Pro juga memiliki rekaan yang premium selain kamera yang juga lebih gred flagship.

Pada harga RM 2,699, HONOR 400 Pro bakal menjadi antara telefon pintar yang mendapat perhatian pengguna ianya dijangka akan meningkatkan lagi populariti HONOR Number Series di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.