Infinix GT 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini
Infinix telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix GT 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini.
Infinix GT 20 Pro adalah generasi terbaru didalam Infinix GT Series yang akan menggantikan Infinix GT 10 yang dilancarkan lewat tahun lalu.
Selain itu, Infinix GT 20 Pro dijangka akan tampil dengan cip 4nm Dimensity 8200 Ultimate bersama cip khas gaming display, skrin paparan AMOLED 144Hz dengan resolusi FHD+, dual-speaker JBL, sensor tri-kamera 108MP dengan OIS dan kamera selfie 32MP.
Seterusnya, Infinix GT 20 Pro akan turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W HyperCharge, antaramuka XOS 14 dan rekaan cyber mecha bersama gelung LED pada panel belakang.
Maklumat harga dan promosi pembelian awal bagi Infinix GT 20 Pro akan diumumkan ketika pelancaran yang akan berlangsung pada 2 Mei ini.