Infinix GT 50 Pro kini rasmi di Malaysia

Infinix hari ini secara rasmi melancarkan GT 50 Pro, telefon pintar gaming berprestasi tinggi yang menjadi teras kepada ekosistem baharu New GT Ecosystem. Ditawarkan pada harga bermula RM1,899, GT 50 Pro hadir bukan sekadar naik taraf biasa, sebaliknya dibangunkan khusus untuk memberikan prestasi stabil dan konsisten ketika sesi permainan yang panjang.
Model ini menampilkan sistem penyejukan HydroFlow Liquid Cooling Architecture, direka untuk mengatasi masalah haba berlebihan yang sering dihadapi telefon gaming. Dengan pengurusan haba lebih cekap, GT 50 Pro mampu mengekalkan prestasi tinggi dan kadar bingkai lancar walaupun digunakan untuk permainan intensif dalam tempoh lama.
Dari segi prestasi, GT 50 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate berasaskan binaan 4nm, dengan kelajuan sehingga 3.25GHz. Ia digabungkan bersama sistem penyejukan cecair mikro serta aksesori GT MagCharge Cooler 2.0, yang membantu menurunkan suhu dan mengekalkan prestasi maksimum ketika bermain.
Untuk pengalaman gaming lebih kompetitif, telefon ini menyokong Native 144FPS bagi beberapa judul e-sukan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire dan Call of Duty: Mobile. Infinix turut menyertakan Hardcore Esports Mode yang mengoptimumkan sistem, menyekat notifikasi dan menyediakan antaramuka khas untuk fokus penuh ketika bermain.
GT 50 Pro juga hadir dengan GT Trigger, iaitu butang mekanikal sensitif tekanan yang memberi kawalan lebih tepat seakan konsol permainan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti menembak, menukar senjata, screenshot, rakaman skrin dan akses pantas kepada pembantu AI Folax.
Dari segi paparan, GT 50 Pro menggunakan skrin 6.78 inci AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, kecerahan puncak 4500 nits dan perlindungan Corning Gorilla Glass 7i. Skrin ini turut mendapat pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland untuk keselesaan mata.
Bahagian audio pula menampilkan sistem Dolby Atmos untuk pengalaman bunyi lebih imersif, sesuai untuk gaming, filem dan muzik.
Untuk fotografi, GT 50 Pro dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS dan EIS, kamera ultra-lebar 8MP serta kamera hadapan 13MP. Teknologi AI RAW turut membantu menghasilkan gambar lebih jelas dan warna lebih semula jadi.
Telefon pintar ini juga dibekalkan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W berwayar, 30W tanpa wayar, serta reverse charging 10W untuk aksesori lain.
Selain telefon, Infinix turut memperkenalkan ekosistem aksesori baharu termasuk GTBUDS 5, GTWATCH 5 Pro dan pengawal permainan GT Controller, menjadikan GT 50 Pro pusat kepada pengalaman gaming lengkap.
Setiap pembelian Infinix GT 50 Pro juga akan menerima GT MagCharge Cooler 2.0 secara percuma. Telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black Abyss, Red Blaze dan Silver Glacier.
Dari segi harga, varian 12GB + 256GB dijual pada harga rasmi RM1,899, namun sepanjang tempoh promosi ia boleh dimiliki pada harga RM1,699. Sementara itu, varian 12GB + 512GB pula berharga RM2,199, atau RM1,999 ketika promosi pelancaran berlangsung.
Selain telefon pintar, Infinix turut memperkenalkan aksesori baharu iaitu GTBUDS 5 dan GTWATCH 5 Pro. Kedua-dua produk ini juga mula dijual pada 5 Mei 2026 dan tersedia di platform jualan rasmi yang sama.
Pelanggan yang membeli bersama Infinix GT 50 Pro akan menikmati diskaun 10% untuk kedua-dua aksesori tersebut. GTBUDS 5 ditawarkan pada harga promosi RM152, manakala GTWATCH 5 Pro pula berharga RM269.
Bagi Infinix GT 50 Pro, pengguna boleh mendapatkannya melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, selain melalui pengedar sah Infinix di seluruh negara. Sempena pelancaran, Infinix menawarkan diskaun RM200 untuk semua saluran jualan sehingga 10 Mei 2026, jam 11:59 malam, sementara stok masih ada.


