Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix XPAD 30E kini rasmi di Malaysia – Tablet Pendidikan dengan lebih 120,000 sumber pembelajaran percuma serta Infinix AI Tutor

Infinix XPAD 30E kini rasmi di Malaysia - Tablet Pendidikan dengan lebih 120,000 sumber pembelajaran percuma serta Infinix AI Tutor 1

Infinix XPAD 30E kini rasmi di Malaysia - Tablet Pendidikan dengan lebih 120,000 sumber pembelajaran percuma serta Infinix AI Tutor 2

Infinix secara rasmi telah melancarkan tablet Infinix XPAD 30E baharu, sebuah tablet pendidikan yang direka sebagai “rakan pembelajaran” paling dipercayai untuk pelajar Malaysia dalam era digital.

Ditawarkan pada harga bermula RM699, Infinix XPAD 30E hadir dengan lebih 120,000 sumber pembelajaran percuma serta Infinix AI Tutor, memberikan sokongan menyeluruh untuk kelas dalam talian dan bantuan kerja rumah — menjadikan pembelajaran lebih mudah dan boleh diakses, selari dengan tagline XPAD 30E, Belajar Lebih Easy.

Infinix XPAD 30E dilengkapi paparan 11 inci FHD+ dengan ciri penjagaan mata serta bateri berkapasiti 7,200mAh. Ianya juga membawa sokongan kad SIM 4G terbina dalam untuk akses internet segera melalui 4G LTE, membolehkan pembelajaran lancar di mana sahaja, bila-bila masa. Digabungkan dengan pengalaman audio-visual yang baik, XPAD 30E bukan sahaja untuk belajar, malah sesuai untuk hiburan seisi keluarga.

120K+ Sumber Percuma Berkualiti Tinggi: Kursus & Latihan Selaras Buku Teks

Rakan Pembelajaran Anak Anda, dengan Kursus Percuma Sentiasa Tersedia

Infinix XPAD 30E menawarkan pelbagai sumber pendidikan berkualiti melalui aplikasi Infinix Learning Center yang terbina dalam, merangkumi kandungan pembelajaran untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 16 tahun — dari pendidikan awal hingga sekolah menengah. Dengan lebih 30 subjek dan lebih 30,000 sumber terpilih, ia menyediakan gabungan lagu, animasi, seni, kandungan akademik K12, serta cerita menarik untuk menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Untuk membantu menyelesaikan cabaran kerja rumah, aplikasi Infinix Hi Tutor dalam XPAD 30E menggabungkan buku teks secara mendalam dengan bimbingan AI. Ia merangkumi lebih 100,000 latihan matematik yang selaras dengan kurikulum tempatan, meliputi 95% negara di seluruh dunia, dengan subjek tambahan yang terus diperluaskan. Tutor AI ini bukan sekadar memberi jawapan, tetapi membimbing pelajar langkah demi langkah melalui penyelesaian interaktif, menjadikan setiap cabaran sebagai peluang pembelajaran dan menggalakkan pemikiran berdikari.

Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih fokus, ibu bapa boleh mengaktifkan Infinix EduDesk, iaitu antara muka khas pembelajaran. Ia menggantikan paparan utama biasa dengan ruang yang bersih tanpa gangguan serta antara muka yang ringkas dan intuitif. Sistem ini merangkumi lebih 20 subjek utama dan menyediakan perpustakaan lebih 6,000 video pembelajaran. Selain itu, ia turut menggabungkan Edutainment Center dengan 14 permainan pendidikan yang direka oleh pakar. Digabungkan dengan aplikasi pendidikan global sedia ada seperti Google Classroom, Google Kids Space, Google Play Books, dan YouTube Kids, XPAD 30E menawarkan ekosistem pembelajaran pintar dari prasekolah hingga sekolah menengah.

AI Tutor Sentiasa Sedia: Era Baharu Bantuan Kerja Rumah

Tutor AI untuk Setiap Peringkat Pembelajaran
XPAD 30E turut mengintegrasikan Infinix AI secara mendalam, menggabungkan teknologi kecerdasan buatan dengan situasi pembelajaran sebenar untuk menyediakan tutor peribadi sepanjang hari. Dengan hanya menyebut “Hi Folax” atau menekan lama butang kuasa selama 0.5 saat, pengguna boleh mengaktifkan pembantu suara dan memulakan interaksi pintar.

Untuk soalan kerja rumah yang sukar, ciri AI-Powered Photo to Solution membolehkan pelajar menyelesaikan persamaan matematik kompleks, konsep fizik abstrak, atau idea esei mencabar hanya dengan mengambil gambar. Ciri ini dipertingkat dengan mod Ibu Bapa dan mod Pelajar. Dalam mod Pelajar, AI mematuhi prinsip “tiada jalan pintas”, membimbing secara langkah demi langkah seperti tutor sebenar bagi membina kemahiran berfikir secara berdikari.

Dalam penggunaan harian, AI Study Tutor membantu pelajar dengan lebih efisien. Tekan lama butang kuasa selama 0.5 saat untuk mengaktifkan Smart Search, yang akan menganalisis skrin secara pintar dan memberikan jawapan tepat, pengecaman objek, terjemahan, serta fungsi tambahan seperti panggilan, navigasi, catatan, dan imbasan kod QR.

Ciri AI Enlightenment pula membolehkan pelajar melingkari mana-mana kandungan pada skrin untuk carian mendalam secara automatik. Selain itu, AI Creation membolehkan pelajar menghasilkan imej visual hanya melalui penerangan teks — sesuai untuk projek kreatif dan pemahaman konsep abstrak.

Tambahan lagi, AI Intelligent Tools meningkatkan produktiviti. Ketika menonton kelas dalam talian, tekan dua jari untuk mengekstrak teks atau carta yang tidak boleh disalin, dan simpan nota penting dengan mudah — mengurangkan keperluan tangkapan skrin berulang.

Skrin Besar 11” FHD+ Mesra Mata, Sesuai untuk Seisi Keluarga

Paparan Berkualiti Tinggi untuk Pembelajaran & Hiburan Infinix XPAD 30E menampilkan paparan 11 inci FHD+ dengan ciri penjagaan mata, memberikan pengalaman tontonan yang jelas dan selesa untuk pembelajaran serta hiburan keluarga. Ia turut diperakui TÜV Rheinland untuk tahap cahaya biru rendah (perisian), menapis sehingga 70% cahaya biru berbahaya dan mengurangkan keletihan mata walaupun digunakan dalam tempoh lama.

Dari segi sambungan, XPAD 30E menyokong kad SIM 4G dan Wi-Fi, membolehkan pelajar mengakses kelas dalam talian atau membuat panggilan di mana sahaja. Fungsi seperti split-screen, perkongsian fail, dan drag-and-drop memudahkan multitasking serta meningkatkan kecekapan pembelajaran.

Tablet ini juga tahan lasak dengan 45 ujian ketahanan termasuk ujian suhu, jatuhan, dan lenturan. Ia hadir dalam tiga warna menarik: Dream Purple, Forest Green, dan Deep Blue. Dengan bateri 7,200mAh serta storan sehingga 256GB dan sokongan memori tambahan sehingga 16GB, pelajar boleh menyimpan pelbagai bahan pembelajaran dengan mudah.

Sebagai tambahan, sistem kawalan ibu bapa membantu membentuk tabiat pembelajaran yang sihat, manakala sarung pelindung TPU mesra kulit menawarkan perlindungan tambahan serta sokongan mod berdiri dua sudut untuk keselesaan penggunaan.

Infinix XPAD 30E kini tersedia untuk pembelian bermula 23 April 2026 melalui platform dalam talian termasuk Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta di pengedar sah Infinix di seluruh negara. Ianya hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Dream Purple, Forest Green dan Deep Blue.

Tablet ini hadir dalam dua varian iaitu 8GB + 128GB pada harga RM699, manakala varian lebih tinggi 16GB + 256GB ditawarkan pada RM999. Dengan gabungan harga mampu milik, ciri pembelajaran berasaskan AI, serta spesifikasi yang seimbang, XPAD 30E dilihat sebagai pilihan ideal untuk pelajar dan keluarga yang mencari peranti serba boleh dalam era pembelajaran digital masa kini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.