iQOO 12 5G dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember ini
iQOO secara rasminya telah mengesahkan bahawa iQOO 12 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember ini dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.
iQOO 12 Series telah dilancarkan di China pada 7 November yang lalu dimana dua model telah dilancarkan iaitu iQOO 12 5G dan iQOO 12 Pro 5G.
iQOO 12 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2800×1260 piksel bersama
kadar segar semula 144Hz, dikuasakan cip Snapdrago. 8 Gen 3, 12 atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Selain itu, iQOO 12 ini juga memiliki sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP OmniVision OV50H dengan OIS, sensor telefoto 64MP f/2.57 yang juga memiliki OIS, 3x zoom optikal dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP dengan sokongan mod makro dan tidak lupa sensor selfie 16MP.
Dalam pada itu, iQOO 12 5G dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14. iQOO juga telah mengesahkan bahawa iQOO 12 5G akan menerima 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan Android.