Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 5 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember ini

realme GT 5 Pro

realme secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar flagship realme GT 5 Pro akan dilancarkan pada 7 Disember ini.

Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa ianya akan dikuasakan cipset terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 bersama sensor IM890 sebagai sensor telefoto yang menetapann penandaras baharu didalam kualiti pengimejan telefoto.

Seterusnya, realme juga telah bekerjasama dengan ArcSoft untuk membangunkan keupayaan foto peranti, dan syarikat perisian yang berpangkalan di AS ini membantu dengan persepsi semantik, peningkatan kualiti imej dan pencahayaan pengiraan untuk membolehkan pengguna “menikmati pengalaman fotografi yang lebih santai dan cemerlang”.

Walaubagaimana, pelancaran realme GT 5 Pro ini adalah untuk pasaran China yang bermaksud peminat realme dipasaran antarabangsa perlu tunggu lebih lama untuk memilikinya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.