Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12 akan dilancarkan pada 5 Disember – guna cip Snapdragon 8 Gen 3

OnePlus 12

Telefon pintar flagship terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus 12 akan dilancarkan secara rasmi lada 5 Disember ini dan rekaan telefon pintar telah didedahkan oleh syarikat ini.

OnePlus 12 akan menampilkan rekaan yang hampir sama seperti OnePlus 11 namun dengan beberapa perubahan seperti posisi butang Alert Slider ke sisi kanan yang membolehkan OnePlus meletakkan antena gaming disisi kiri telefon pintar ini.

Selain itu, OnePlus 12 juga akan menjadi telefon pintar pertama syarikat ini untuk menampilkan lensa periskop pada sensor telefoto yang akan menawarkan kebolehan zoom optikal yang lebih baik.

Dalam pada itu, OnePlus 12 telah disahkan akan dikuasakan cip flagship Snapdragon 8 Gen 3, kapasiti RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0.

Akhir sekali, OnePlus 12 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu White, Green dan Black. Pelancaran global dijangka akan berlangsung pada bulan Januari 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.