Infinix ZERO 30 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 November ini
Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix ZERO 30 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 November ini.
Telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada penawaran kamera selfie yang terbaik dan untuk itu ianya telah disertakan dengan sensor kamera selfie Samsung JN1 50MP yang mempunyai flash dan rakaman video 4K.
Terus kepada spesifikasi, ZERO 30 5G memiliki skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 144Hz, kadar pensampelan 360Hz dan ianya juga memiliki panel skrin melengkung pada kedua-dua sisi yang turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass.
Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity 8020, 12GB RAM bersama 9GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 68W.
Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama ISOCELL 108MP HM6 dengan OIS dan PDAF, sensor ultrawide 13MP dan sensor Depth 2MP. Terdapat lampu flash (gelung) yang digelar Aura Light.
Pertandingan Vlog ZERO 30 5G
Pertandingan vlog ZERO 30 5G ini akan berlangsung dari 2 November hingga 3 Disember 2023, pertandingan ini merangkumi empat platform media sosial, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, membolehkan peserta memilih satu atau lebih platform untuk vlog mereka.
Empat telefon pintar ZERO 30 5G sedia untuk dimenangi sebagai hadiah dengan satu pemenang dipilih daripada setiap platform yang mengambil bahagian.
Peserta dikehendaki mematuhi garis panduan video tertentu, berikut adalah langkah dan keperluan untuk menyertai pertandingan:
1. Buat video Reel 60 saat kehidupan harian anda dalam format menegak.
2. Gunakan #CaptureYourOwnStoryMy, #InfinixMalaysia, dan #Zero305G dalam caption post anda.
3. Siarkan vlog pada platform pilihan anda (TikTok, Instagram Reels, Facebook Reels, YouTube Shorts).
4. Daftarkan penyertaan anda dengan mengisi Borang Google yang terdapat pada linktree Infinix.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan tertinggi yang diterima vlog mereka.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa berbilang entri pada platform yang sama atau berbeza dibenarkan, dengan syarat setiap entri mempamerkan kandungan yang berbeza.
Ini bermakna peserta boleh menghantar berbilang vlog unik untuk meningkatkan peluang mereka memenangi salah satu daripada empat peranti Infinix ZERO 30 5G serba baharu.