Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip5 Retro kini rasmi – mengimbas kembali zaman kegemilan telefon flip Samsung E700

Samsung Galaxy Z Flip5 Retro

Samsung mempunyai sejarah yang mendalam didalam segmen telefon pintar flip dan syarikat ini telah memperkenalkan Galaxy Z Flip5 Retro sebagai penghormatan kepada model paling berpengaruh yang dilancarkan kira-kira dua dekad lalu iaitu Samsung E700.

Samsung Galaxy Z Flip5 Retro ini tampil didalam warna ikonik E700 iaitu indigo blue dan silver bersama grafik   dan animasi unik.

Selain itu, Samsung Z Flip5 Retro ini tampil  didalam kotak yang mempunyai Z Flip5 dan E700 serta kad Flipsuit dengan pelekat yang memaparkan pelbagai logo Samsung dari era lalu. Pakej ini juga termasuk kad pengumpul Samsung E700 yang diukir dengan nombor siri yang unik.

Galaxy Z Flip5 Retro akan ditawarkan didalam kuantiti yang terhad di pasaran Korea Selatan bermula 1 November manakala pasaran UK, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Australia akan menerimanya bermula 2 November.

Pengguna di pasaran ini boleh membeli peranti edisi terhad secara eksklusif melalui laman web rasmi Samsung namun buat masa ini harga jualan tidak diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.