Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 turut dilancarkan dengan cip Snapdrgon 8 Gen 3 dan kamera Leica

Selain Xiaomi 14 Pro, Xiaomi 14 juga telah dilancarkan dan ianya tampil dengan rekaan sama seperti Xiaomi 14 Pro dan turut dijana cip Snapdragon 8 Gen 3.

Xiaomi 14  menampilkan skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.36-inci dengan resolusi 1200×2670 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 3,000nits. 

Seterusnya, Xiaomi 14 ini tampil dengan sensor utama 50MP Light Hunter 900 dengan lenso Leica Summilux. Ianya merupakan sensor  1/1.31″ dengan saiz piksel 1.2 μm namun tiada sokongan aperture boleh ubah.

Seterusnya, terdapat sensor floating telefoto 75mm yang berkebolehan mengambil gambar 40MP dan gambar potret 50MP. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP f/2.2 dengan fokus tetap yang bermaksud tiada sokongan fotografi makro.

Dalam pada itu, Xiaomi 14 dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang diperbuat daripada proses 4nm TSMC, 8GB, 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0 serta bateri berkapasiti 4,880mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 14  akan ditawarkan didalam dua kemasan iaitu gelas dan nano-leather pada harga bermula dari CNY 3,999 (RM 3,263)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.