Xiaomi Redmi K60 Ultra kini rasmi dengan skrin OLED 144Hz dan cip Dimensity 9200+
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi K60 Ultra yang menyertai 3 model Redmi K60 Series yang lain iaitu Redmi K60, Redmi K60E dan Redmi K60 Pro.
Terus ke spesifikasi, Redmi K60 Ultra hadir dengan skrin paparan 12-bit OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1.5K, kecerahan maksima 2,600nits, 2,880Hz PWM dimming dan sokongan kadar segar semula 120Hz. K60 Ultra juga tampil dengan cip grafik khas yang dikenali sebagai X7 yang dibangunkan bersama Pixelworks dan ianya menyokong kadar segar semula 144FPS pada 30 tajuk permainan video.
Redmi K60 Ultra dikuasakan cip Dimenisty 9200+, sehingga 24GB RAM LPDDR5X, sehingga 1TB storan dalaman dan sistem operasi MIUI 14.
Panel ini juga memiliki sensor capjari dalam skrin, liputan DCI-P3, sokongan Dolby Vision dan kandungan HDR10+.
Seterusnya, Redmi K60 Ultra memiliki sensor utama 54MP IMX800 dengan OIS dan rakaman video 8K HDR10+, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Ianya juga memiliki sensor selfie 20MP.
Dalam pada itu, ianya juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W yang memberikan 100% pengecasan didalam masa 19 minit sahaja.
Lain-lain spesifikasi K60 Ultra ini adalah sokongan 5G , USB-C, Wi-Fi 6, dan NFC. It Ianya turut dilengkapi sistem penyejukan 5000mm² stainless steel VC , stereo speakers, dual-band GPS, penarafa IP68 dan NavIC.
Redmi K60 Ultra akan ditawarkan didalam warna white, black, dan green pada harga antara CNY 2,599 (RM 1,651) sehingga CNY 3,599 (RM 2,287)