Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro Warna Coral Purple akan dilancarkan pada 24 Ogos ini

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip Honor Magic5 Series iaitu Magic5 Pro akan ditawarkan didalam warna Coral Purple tidak lama lagi.

Honor Magic5 Pro Coral Purple ini akan dilancarkan pada  24 Ogos ini bersempena dengan sambutan Merdeka dan ianya akan ditawarkan didalam kuantiti yang terhad sahaja.

Selain warna, Magic5 Pro ini dijangka tampil dengan spesifikasi yang sama seperti skrin Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.81-inci, cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM jenis LPDDR5x dan storan dalaman  512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 7.0 yang berasaskan Android 13.

Selain warna Coral Purple yang bakal dilancarkan, Magic5 Pro juga ditawarkan didalam warna Meadow Green dan Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.