Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 8S Pro akan dilancarkan untuk pasaran global pada 18 Julai ini

REDMAGIC 8S Pro

REDMAGIC 8S Pro

Telefon pintar gaming REDMAGIC 8S Pro yang telah dilancarkan di pasaran China baru-baru ini akan memasuki pasaran global pada 18 Julai ini.

Selain 8S Pro, REDMAGIC turut memperkenalkan REDMAGIC 8S Pro+ namun telefon pintar ini dijangka tidak akan memasuki pasaran global.

nubia REDMAGIC 8S Pro ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih pantasdengan berbanding pada REDMAGIC 8 Pro , kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Beralih ke skrin,  REDMAGIC 8S Pro akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.

Ke kamera pula, telefon pintar terbaru gaming syarikat nubia ini juga memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

nubia REDMAGIC 8S Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 11.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.

Selain itu, nubia REDMAGIC 8S Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W yang memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 43 minit sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.