Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO adakan roadshow Reno10 Series di Suria KLCC bermula 12 Julai ini

OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa jualan rasmi OPPO Reno10 Series 5G akan bermula pada 15 Julai ini dan para pengguna boleh memiliki satu daripada tiga model Reno10 yang ditawarkan.

Untuk meraikan ketibaan, roadshow pertama Siri Reno10 OPPO akan berlangsung dari 12 hingga 17 Julai 2023 di Center Court, Level Concourse, Suria KLCC.

Roadshow ini akan menampilkan 10 ruang pengalaman di jerayawara, pengunjung akan berpeluang menyaksikan gambar menakjubkan yang dirakam oleh Reno10 Series 5G, meneroka pengecasan SuperVOOC 100W , menjadi pakar potret dan mencetak foto yang diambil selain mencuba Enco baharu Air3 Pro.

Sambil anda meneroka setiap ruang, jangan lupa kumpulkan setem yang ditawarkan kerana anda akan dapat menebus sebotol kopi ZUS dan pelindung skrin percuma.

Bukan itu sahaja! Anda juga berpeluang memenangi OPPO Reno10 baharu dan produk OPPO menarik yang lain dengan merakam foto menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G. Siarkan di Instagram dan hashtag #OPPOReno10Series5GKLCC bersama-sama dengan #ThePortraitExpert, kemudian dapatkan gambar dicetak untuk melengkapkan penyertaan anda.

Sebanyak 10 hadiah akan diberikan merentasi kategori yang disenaraikan di bawah:

Gambar Telefoto terbaik x 3 – OPPO Reno10 5G bernilai RM1,799

Pemenang potret terbaik x 3 – OPPO Pad Air 4+64 bernilai RM1,099

Pemenang hadiah istimewa x 4 – OPPO Enco Air3 bernilai RM249

Selain itu, OPPO juga telah mengumumkan penawaran ganjaran bernilai sehingga RM 1,390 bagi pembelian OPPO Reno10 Series di roadshow ini.

Selain itu, promosi pembelian terawal juga akan ditawarkan sehingga 31 Julai ini.

Berikut adalah harga OPPO Reno10 Series 5G :

OPPO Reno10 Pro+ 5G: Glossy Purple dan Silvery Grey (RRP: RM3,499)
· OPPO Reno10 Pro 5G: Glossy Purple dan Silvery Grey (RRP: RM2,199)
· OPPO Reno10 5G: Silvery Grey dan Ice Blue (RRP: RM1,799)

Baca : ULASAN : OPPO Reno10 Pro+ 5G – Telefon Pintar Reno Series Terbaik Setakat Ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.