Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A78 4G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999

OPPO A78 4G

OPPO secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar OPPO A78 4G di Malaysia pada harga RM 999 sahaja.

OPPO A78 4G memiliki skrin paparan berukuran 90Hz AMOLED berukuran 6.4-inci  dengan resolusi FHD+ dengan ciri All-Day AI Eye Comfort dan turut memiliki sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, OPPO A78 juga dijana cip Snapdragon 680, 8GB RAM bersama teknologi RAM Expansion yang memberikan tambahan 8GB RAM,  storan dalaman 256GB bersama sokongan kad microSD sehingga 1TB dan antaramuka ColorOS 13.1.

Beralih ke kamera, OPPO A78  tampil dengan satu sensor utama 50MP dan sensor potret 2MP. kamera selfie adalah unit 8MP.

Dalam pada itu, OPPO A78 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 67W SUPERVOOC yang membolehkan pengecasan dari tahap 0% ke 100% dicapai didalam masa 44 minit sahaja dan ianya turut memiliki teknologi Battery Health Engine. OPPO A78 5G juga memiliki pembesar suara stereo.

OPPO A78 ini kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Aqua Gren dan Mist Black pada harga RM 999. Ianya kini ditawarkan secara eksklusif di Shopee ( dari 7 julai sehingga 31 Julai) dimana setiap pembelian akan turut menerima True Wireless Earbuds bernilai RM 109 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.