Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 9 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 – harga promosi serendah RM 2,949

REDMAGIC 9 Pro MalaysiaTelefon pintar gaming REDMAGIC 9 Pro kini telah disahkan akan mula ditawarkan di Malaysia dari 3 Januari ini pada harga bermula dari RM 3,699.

REDMAGIC 9 Pro ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 , kapasiti RAM sehingga 16GB jenis LPDDRX5 dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0

Beralih ke skrin, REDMAGIC 9 Pro akan hadir dengan skrin paparan AMOLED BOE berukuran 6.8-inci dengan resolusi 2K+ bersama kadar segar semula 120Hz, pensampelan sentuhan 2000Hz dan kecerahan sehingga 1,600nits. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.

Ke kamera pula, telefon pintar terbaru gaming syarikat ini juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor makro 2MP.

Selain iti, REDMAGIC 9 Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 13.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 22,000rpm dan terdapat cip RedCore R2 Pro untuk grafik lebih padu.

Selain itu, REDMAGIC 9 Pro juga disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W dan antaramuka REDMAGIC OS 9 yang berasaskan Android 14.

 REDMAGIC telah mengumumkan bahawa REDMAGIC 9 Pro akan ditawarkan didalam promosi istimewa dari 1 hingga hingga 3 Januari ini iaitu dengan penjimatan sebanyak RM 750 dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Sleet bagi  (12+256GB) pada harga RM 2,949,  Cyclone atau Snowfall bagi varian (16+512GB) pada harga RM 3,749 secara eksklusif di Shopee.

Sleet
Cyclone
Snowfall
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.