Jam Pintar Kanak-Kanak Xiaomi Mi Bunny dilancarkan
Xiaomi dijangka akan memperkenalkan Xiaomi Mi Band 2 mereka bersama-sama telefon pintar Mi Max dan sistem operasi MIUI 8 pada 10 Mei ini.
Sebelum itu, Xiaomi nampaknya mempunyai perancangan lain apabila telah memperkenalkan jam pintar pertama mereka namun sebelum anda teruja, ingin kami katakana bahawa jam pintar ini adalah untuk kanak-kanak dan bukanya untuk golongan dewasa.
Jam pintar ini dikenali sebagai Mi Bunny dan ianya hadir dengan beberapa ciri seperti membuat panggilan, GPS ( membolehkan ibu bapa melihat kedudukan anak mereka) , butang SOS yang akan menghantara notifikasi kepada telefon pintar ibu bapa ( digunakan ketika situasi kecemasan).
Jam pintar Mi Bunny ini hadir dengan skrin paparan LED, bateri berkapasiti 300mAh yang didakwa mampu bertaha selama 6 hari dan diperbuat daripada silikon gred makanan yang tidak mempunyai sebarang alahan ( 5x189mm dengan berat 37gram).
Selain itu, Mi Bunny juga hadir dengan satu SIM prabayar terbina dimana setiap minit panggilan dicaj 0.1/yuan.
Mi Bunny ini hadir didalam dua warna iaitu biru cair dan merah jambu dengan harga penjualan CNY 299 iaitu sekitar RM 183 berdasarkan kadar pertukaran semasa ( sudah mula dijual di pasaran China).
Xiaomi Mi Bunny ini boleh digunakan pada peranti Android 4.2 dan ke atas dan juga bagi peranti Apple iOS.