Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 2 akan mempunyai harga CNY 99 (RM 60) sahaja

mi-band-2-real

Penghujung tahun lalu, Xiaomi telah memperkenalkan peranti pemakaian pintar Mi Band 1S yang mana ianya adalah satu versi Mi Band yang hadir dengan sokongan sensor capjari. Kini, Xiaomi dilihat sudah bersedia untuk melancarkan generasi kedua jam pintar ini iaitu Mi Band 2 dan ianya telahpun digunakan oleh ketua pegawai eksekutif Xiaomi iaitu Lei Jun beberapa minggu lalu.

Daripada gambar ini, kita boleh mengesahkan bahawa Xiaomi Mi Band 2 akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti generasi lalu dan model ini kali ini akan mempunyai skrin paparan.

Jika sebelum ini kebanyakkan maklumat yang direkod hanya boleh dilihat melalui aplikasi Mi Fit, dengan penawaran skrin paparan pada Mi Band 2, segala maklumat kini boleh dilihat secara terus pada peranti tersebut.

Selain itu, apa yang lebih menarik adalah, ianya dijangka akan mempunyai harga penjualan yang sama seperti Mi Band 1S iaitu sekitar CNY 99 atau RM 60.

Xiaomi Mi Band 2 ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei ini iaitu bersama-sama Mi Max dan sistem operasi MIUI 8.

Xiaomi Max dijangka hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.4-inci, pemproses Snapdragon 650 ( sebelum ini dikatakan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820), 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 16MP dan kamera selfie 5MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.