Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC Desire 830 dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 1,220

htc-desire-830-3

HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar baru didalam siri Desire iaitu Desire 830 di Taiwan. Telefon pintar ini hadir sebagai pengganti kepada HTC Desire 820 dan ianya juga hadir dengan pembesar suara BoomSound dibahagian atas dan bawah (panel hadapan).

HTC Desire 830 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada bahagian kamera, HTC Desire 830 memiliki kamera utama 13MP dengan OIS dan aperture f/2.0 manakala kamera selfie adalah 4MP UltraPixel.

Selain itu, HTC Desire 830 juga memiliki bateri berkapasiti 2,800mAh , slot microSD yang mampu memberikan tambahan 128GB memori , ukuran dimensi 157.5 x 78.9 x 7.79 mm dan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan merah.

HTC Desire 830 ini akan mula ditawarkan di pasaran Taiwan mulai 6 Mei ini dengan harga penjualan TWD $9,990 (RM 1,220). HTC juga dijangka mempunyai perancangan untuk menawarkan telefon pintar ini ke pasaran antarabangsa namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenainya.

HTC kini dilihat mula mengalihkan perhatian untuk memperbaharui telefon pintar kelas pertengahan mereka selepas pelancaran HTC 10 yang kini mempunyai antara kamera telefon pintar terbaik didunia.

HTC 10 kini ditawarkan di Malaysia (secara tidak rasmi) melalui DirectD dengan harga penjualan RM 3,199.

beli HTC 10 melalui DirectD di SINI

htc desire 830 htc desire 830-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.