Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 120Hz – dari RM 1,399

Poco F5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 120Hz - dari RM 1,399 1

Poco F5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 120Hz - dari RM 1,399 2

Poco secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Poco F5 Series untuk pasaran global dan model pertama  yang kita perkatakan adalah Poco F5 yang hadir dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini.

Poco F5 hadir dengan skrin paparan Flow AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz pada resolusi FHD+ dan ianya turut mempunyai lubang punch hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain cip Snapdragon 7+ Gen 2, Poco F5 juga disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Poco F5 Malaysia

Beralih kepada kamera,  Poco F5 juga tampil dengan sensor utama 64MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Seterusnya , F5  juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, antaramuka MIUI 14 berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, IR blaster dan Wi-Fi 6.

Poco F5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 120Hz - dari RM 1,399 3

Poco F5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga promosi pembelian awal iaitu RM 1,399 bagi versi 8/256GB (RRP RM 1,699) dan RM 1,499 bagi versi 12/256GB (RRP RM 1,799). Pembelian boleh dibuat di Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.