Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mavic 3 Pro kini rasmi di Malaysia – Dron pertama didunia dengan sistem tri-kamera

DJI MAVIC 3 Pro Malaysia

DJI Mavic 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dan ianya merupakan dron tiga kamera optikal pertama di dunia yang dilengkapi kamera tele sederhana 70mm.

Susulan dari jualan pertama dron flagship terbaharu ini di kedai seluruh negara semalam, DJI  telah menganjurkan Media Experience Day untuk media merasai pengalaman menerbangkan Mavic3 Pro meninjau kawasan Gamuda Cove yang berlokasi di Banting, Selangor.

DJI Mavic 3 Pro ini dilengkapi kamera terkemuka Hasselblad, dua kamera tele yang mempunyai masa penerbangan maksimum selama 43 minit. Dron ini turut dilengkapi sensor signature DJI Omnidirectional Obstacle Sensing dan juga Transmisi Video HD 15km untuk pencipta lebih kreatif ketika mengambil rakaman.

Sistem tiga kamera Mavic 3 Pro memberikan prestasi pengimejan berkualiti tinggi menerusi jarak fokus berganda (24mm/70mm/166mm) yang membolehkan pengguna mengekspresikan kreativiti dengan keupayaan pelbagai senario.

Selain itu, kamera 4/3 CMOS Hasselblad juga menyokong penangkapan foto RAW 12-bit dengan julat dinamik sehingga 12.8 hentian, seterusnya menghasilkan butiran imej menawan. Tambahan pula, Penyelesaian Warna Semula Jadi Hasselblad (HNCS) berupaya memulihkan warna sebenar dengan tepat.

Seterusnya, DJI Mavic 3 Pro juga menyokong pelbagai mod rakaman video seperti rakaman video 5.1K pada kadar 50fps atau DCI 4K pada kadar 30fps.

Selain itu, mod D-Log M 10-bit mengurangkan kesukaran penggredan warna, membolehkan anda memiliki hasil gambar/video tanpa kehilangan kualiti atau kejelasan imej. Mavic 3 Pro Cine pula menyediakan pilihan meluas untuk pencipta profesional.

Selain itu, DJI Mavic 3 Pro juga menyokong pengekodan Apple ProRes 422 HQ, Apple ProRes 422 dan Apple ProRes 422 LT. la juga mempunyai SSD 1TB terbina dan kabel data kelajuan cahaya 10Gbps bagi memudahkan aliran kerja profesional.

Kamera tele sederhana (bersamaan format 70mm) sesuai untuk pelbagai senario yang berbeza, dari merakam bangunan menarik hingga ke kereta dalam bentuk penggambaran komersial.

Dengan sensor CMOS 1/1.31 dan zum optik 3x, ia mampu menghasilkan foto 48MP/12MP, video 4K/60fps dan menyokong D-log M baharu.

Bagi mereka yang ingin memukau pengikut dengan Hyperlapse menakjubkan, kamera zum optik 3x ini adalah pilihan ideal.

Dengan mempertingkatkan kamera tele Mavic 3, Mavic 3 Pro menampilkan kamera dengan resolusi, apertur dan kadar bingkai video yang dipertingkatkan. la menyokong rakaman video 4K/60fps dengan zum optik 7x dan foto 12MP. la juga mempunyai zum hibrid mencapai sehingga 28x.

Dalam pada it, Mavic 3 Pro mampu menawarkan penerbangan sehingga 43 minit dan anda tidak perlu  mengenai jangka hayat bateri.

Sistem penghantaran dron DJI O3+ juga memberikan transimisi kamera yang stabil dan jelas dan boleh menghantar siaran langsung HD 1080p/60fps pada kadar bingkai tinggi pada jarak sehingga 15km.

Ciri tambahan seperti Waypoint Flight, Cruise Control dan Advanced RTH meningkatkan pengalaman penerbangan automatik. Mavic 3 Pro menampilkan set lengkap mod pintar DJI untuk membantu dalam mencipta kandungan yang tidak menjemukan.

  • FocusTrack3. Kamera Hasselblad dan kamera tele sederhana Mavic 3 Pro menyokong Focus Track yang termasuk ActiveTrack 5.0 dan Spotlight . In membolehkan rakaman yang stabil di pelbagai arah.
  • MasterShots*: MasterShots diaktifkan dengan hanya satu ketikan dan dron akan menangkap, mengedit, menambah runt bunyi secara automatik untuk menghasilkan rakaman sinematik secara automatik.
  • QuickShotsS: Lakukan pelbagai pergerakan kamera seperti Drone, Rocket, Circle dan Helix.
  • Panorama®: Hasilkan foto panorama 100MP untuk mengambil gambar landskap yang lebih luas dan menakjubkan.

Aplikasi penyuntingan video disyorkan secara rasmi oleh DJI ialah LightCut yang menyediakan pelbagai fungsi penggambaran dan penyuntingan. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.dji.com/lightcut

Harga dan Ketersediaan

DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) – RM9,799

DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) – RM12,399

DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) – RM14,999

DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo – RM21,999

DJI Mavic 3 Pro kini boleh didapati di kedai rasmi dalam talian DJI Lazada dan Shopee, DJI Flagship Store dan

 DJI Official Authorized Retail Store seperti di bawah.

DJI @ Pavilion, Kuala Lumpur

Authorized Store: DJI @ One Utama, DJI @ Sunway Pyramid, DJI @ IOI City Mall, DJI @ Gurney Plaza

(Penang), DJI @ Imago (Sabah), DJI @ Vivacity Megamall (Sarawak)

DJI Mavic 3 Pro, Mavic 3 Classic dan Mavic 3 juga boleh digunakan bersama DJI Goggles Integra yang terbaru, DJI Goggles 2 dan DJI RC Motion 2.

Untuk meningkatkan pengalaman terbang, dua kombo gogal dan RC Motion Controller baharu telah dicipta, iaitu DJI Goggles 2 Motion Combo dan DJI Goggles Integra Motion Combo.

Ketahui lebih lanjut di store.dji.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.