Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F5 Pro dilancarkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan skrin OLED 2K+ – dari RM 1,999

Poco F5 Pro Malaysia

Selain Poco F5, Poco juga telah melancarkan telefon pintar Poco F5 Pro didalam Poco F5 Series ini.

Poco F5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 120Hz – dari RM 1,399

Poco F5 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 2K (3200 x 1440) yang menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,400nits, HDR10+ dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, F5 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB atau 12GB RAM (LPDDRX5) dan storan dalaman 256GB atau 512GB (UFS 4.0).

Seterusnya, Poco F5 Pro juga dilengkapi sensor utama 64MP dengan OIS , sensor ultrawide 8MP dengan 118° FoV dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, Redmi K60 memiliki sel berkapasiti 5,160mAh dengan pengecasan 67W dan pengecasan tanpa wayar 30W. Poco F5 Pro juga memiliki dual speaker dan x-axis linear motor.

Poco F5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,999 bagi versi 8/256GB, RM 2,099 bagi versi 12/256GB dan RM 2,199 bagi versi 12/512GB. Pembelian kini boleh dibuat di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.