Celcom kini menawarkan pelan FiRST Platinum – 18GB/RM150 sebulan
Perang didalam industri telekomunikasi dlihat berada pada tahap paling hangat dan Celcom kini telah memperkenalkan satu lagi pelan dibawah pelan Celcom FiRST mereka iaitu Celcom FiRST Platinum yang hadir dengan kuota internet bulanan 18GB.
Pelan Celcom Planitum ini adalah pelan yang sama seperti pelan Celcom FiRST Blue dan FiRST Gold yang hadir dengan panggilan percuma dan SMS percuma tanpa had kesemua rangkaian.
Selain itu, daripada 18GB kuota internet yang ditawarkan ini, 9GB daripada kuota internet ini adalah untuk kegunaan harian manakala 9GB adalah dikhaskan kepada pengunaan hujung minggu (2.25GB setiap minggu).
Selain itu, anda juga boleh membawa baki kuota internet yang tidak digunakan ke bulan seterusnya dengan kuota maksimum yang boleh dibawa adalah 9GB.
Pelan Celcom FiRST Platinum ini juga hadir dengan langganan iFlix percuma untuk 12 bulan selain langganan Yonder Music juga untuk 12 bulan.
Pelan Celcom Platinum ini turut hadir dengan 9GB Celcom WiFiPlus percuma dan jika anda masih tidak tahu dimanakah terdapat Celcom WiFiPlus ini anda boleh lihat di SINI
Pelan Celcom FiRST Platinum ini hadir dengan komitmen bulanan RM 150 iaitu RM 50 lebih mahal berbanding pelan FiRST Gold.
selain itu, Minggu lalu, Digi juga telah memperkenalkan satu pelan baru yang dikenali sebagai Digi Postpaid 80 dan ianya turut hadir dengan 10GB kuota internet dan panggilan percuma.
Maklumat lanjut mengenai pelan Celcom FiRST Platinum yang baru ini boleh anda ketahui di pautan sumber di bawah