Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi melancarkan pelan Digi Postpaid 80 – 10GB internet dan panggilan percuma tanpa had

digi postpaid 80 plan

Selepas memperkenalkan pelan Digi Postpaid 70 yang menawarkan panggilan tanpa had percuma kesemua rangkaian dan kuota internet bulanan 7GB, Digi kini telah memperkenalkan satu lagi pelan pascabayar yang dikenali sebagai Digi Postpaid 80.

Pelan Digi Postpaid 80 ini hadir dengan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian dan 10GB internet bulanan. Daripada kuota 10GB ini 3GB ini akan ditawarkan untuk digunakan pada hujung minggu.

Selain itu, seperti pelan Digi Postpaid 70, anda juga boleh membawa baki internet yang tidak digunakan ke bulan seterusnya dengan kuota maksima yang boleh dibawa ke bulan seterusnya adalah 2GB.

Pelan Digi Postpaid 80 ini juga hadir dengan pengunaan tanpa had bagi WhatsApp dan WeChat selain akses iFlix percuma untuk 12 bulan.

digi postpaid 80 plan-2

Jika kuota 10GB anda telah habis, anda juga boleh membuat penambahan kuota iaitu penambahan 8GB kuota pada harga RM 10 sahaja ( mempunyai tempoh sah 7 hari).

Persaingan syarikat telekomunikasi didalam menawarkan pelan yang hadir dengan panggilan percuma dan kuota internet yang lebih banyak ini sudah pastinya akan menguntungkan pengguna.

Pelan baru ini tiba selepas semalam Digi memperkenalkan satu pas yang dikenali sebagai Digi Video Freedom yang membolehkan anda menikmati kandungan video tanpa had dengan hanya membayar RM1/sejam atau RM 5/sehari.

maklumat lanjut mengenai pelan Digi Postpaid 80 di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.