Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 adalah peranti perniagaan yang terbaik di pasaran

huawei-mate-8-malaysia-vmall

Dunia yang penuh dengan maklumat memberikan sebab untuk kita sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang bakal tiba.

Pada era ini, telefon pintar boleh dilihat sebagai satu keperluan. Tahap kepentingan telefon pintar adalah sangat tinggi kerana selain sebagai medium perhubungan, ianya turut digunakan sebagai peranti pelbagai guna yang menyebabkan kita sukar untuk melakukan sesuatu tanpanya.

Mempunyai telefon pintar dengan jangka hayat bateri yang baik adalah sesuatu yang penting khususnya kepada pengguna yang berkecimpung didalam sektor komersial ( perniagaan). Ahli perniagaan memerlukan satu peranti yang mampu memberikan mereka jangka hayat bateri sepanjang hari bagi memastikan mereka sentiasa berdaya saing.

huawei-mate-8-04

Telefon pintar utama terbaru Huawei, Huawei Mate 8 adalah phablet 6.0-inci yang mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dan telah terbukti untuk menawarkan jangka hayat bateri yang jauh lebih baik berbanding pencabar terdekat.

Dengan bantuan teknologi pengecasan pantas 9V/2A yang unik, Huawei Mate 8 mampu bertahan sehingga satu hari dengan pengecasan hanya 30 minit.

Berdasarkan ujian jangka hayat bateri yang dilakukan kami, Huawei Mate 8 telah mengatasi Google Nexus 6P, Samsung Galaxy S7 Edge, Apple iPhone 6s Plus dan banyak lagi dengan penawaran sehingga 13 jam pelayaran web melalui rangkaian 4G LTE. Kelebihan yang dimiliki oleh Mate 8 ini sudah pastisnya sesuatu yang berguna bagi mereka yang sentiasa berada jauh dari rumah.

huawei-mate-8-02

Dengan skrin paparan 6.0-inci, ianya akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada ahli perniagaan untuk melakukan tugas yang memerlukan interaksi dengan skrin seperti melihat dokumen, membalas e-mel dan banyak lagi. Dengan kepadatan skrin 368ppi, Huawei Mate 8 hadir dengan skrin yang mampu menawarkan pengguna imej dan teks yang sangat jelas.

Kehadiran slot dwi-SIM membuktikan Huawei Mate 8 adalah satu peranti yang fleksible. Ahli perniagaan secara umumnya perlu membawa dua telefon pintar yang mempunyai dua nombor berlainan namun dengan Huawei Mate 8, anda tidak perlu lagi membawa lebih daripada satu telefon pintar ke mana-mana sahaja anda pergi.

Dengan adanya dua slot SIM, anda boleh menggunakan satu untuk nombor peribadi anda manakala satu lagi untuk nombor syarikat anda. Walaubagaiamanapun, jika anda tidak memerlukan slot SIM kedua, anda boleh menggunakanya untuk menambah kapasiti memori simpanan dengan memasukkan kad microSD ( maksima 128GB).

huawei-mate-8-03

Huawei Mate 8 menggunakan pemproses octa-core Hi-Silicon Kirin 950 yang turut disertakan dengaj GPU Mali-T880. Cipset Huawei ini mampu menawarkan prestasi pemprosesan yang baik tanpa mengorbankan jangka hayat bateri

Pemproses Kirin 950 juga hadir dengan ciri keselamatan yang dikenali sebagai ‘TrustZone’ dan ‘firewall’ sistem operasi yang membantu melindungi data didalam peranti walaupun telefon pintar anda dicuri. Ciri ini pasti menarik perhatian golongan perniagaan yang mahu melindungi data perniagaan mereka.

Selain itu, pemproses Kirin 950 ini juga menawarkan sokongan rangkaian 4G LTE yang turut disertakan dengan VoLTE yang memberikan kualiti panggilan suara yang lebih baik. Cip RF didalam Huawei Mate 8 membolehkan ianya menyokong lebih banyak rangkaian 4G di seluruh dunia

Teknologi co-processor i5 yang disertakan pada Huawei Mate 8 juga direka bentuk untuk mengaktifkan CPU utama apabila diperlukan. Ketika telefon pintar berada didalam keadaan malap, jumlah pengunaan tenaga Huawei Mate dikurangkan kepada 6.5mA iaitu dari 90mA. Ini adalah satu sebab utama kenapa Huawei Mate 8 mampu bertahan lama tanpa dicas berbanding pencabar utamanya.

huawei-mate-8-05

Sensor capjari belakang yang dimiliki oleh Huawei Mate 8 juga menawarkan ciri keselamatan tambahan bagi peranti ini. Generasi baru sensor capjari ini juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan seperti mengunci aplikasi, menutup penggera , mengambil gambar dan menjawab panggilan.

Secara keseluruhanya, Huawei Mate 8 adalah sangat sesuai bagi golongan perniagaan dimana ianya hadir dengan reka bentuk yang premium selain ciri keselamatan yang baik. Selain itu, jangka hayat bateri yang mampu ditawarkan oleh Huawei Mate 8 juga pasti akan menjadi daya penarik untuk pembeli.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.