Yes secara rasminya telah membuka Yes Experience Store 5G pertama di Malaysia
Yes hari ini telah melancarkan Yes Experience Store sebuah pusat pengalaman yang julung-julung kalinya ditubuhkan di Malaysia yang dikuasai sepenuhnya oleh ketersambungan 5G di Lot 10, Bukit Bintang.
Selaras dengan misi Yes untuk membolehkan ketersambungan 5G untuk semua rakyat Malaysia, pusat pengalaman tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran masa depan ketersambungan 5G dalam mengubah gaya hidup, bekerja, dan berhibur dalam persekitaran yang semakin saling terhubung dengan pelbagai peranti.
Yes Experience Store membawakan pengalaman serba baharu untuk rakyat Malaysia yang boleh merasai sendiri ketersambungan ultra-pantas Yes 5G dengan kependaman (latency) yang lebih rendah, masa respon yang pantas, dan liputan yang stabil.
Para pelanggan juga bakal menikmati kapasiti rangkaian yang besar memandangkan rangkaian 5G Yes terus menyokong pelbagai jenis peranti, membolehkan para pelanggan memuat turun dan melayari informasi serta melakukan transaksi digital dengan lebih pantas, seterusnya mencipta sebuah pengalaman yang dipertingkatkan.
Pusat tersebut bukan sahaja menyediakan penjualan dan pembelian Yes Infinite Gateway 5G Wireless Broadband, pelan prabayar Yes First to 5G dan pelan pascabayar Yes Infinite 5G, ia juga tampil dengan restoran dan kafe yang dikuasai 5G yang pertama di Malaysia buat para pelanggan untuk menjamu selera dan menikmati ketersambungan 5G bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Gabungan Yes Experience Store dan kafe ini juga mewujudkan ruang modular untuk acara-acara korporat dan persendirian.
Selain ketersambungan WiFi 5G secara percuma, Yes Experience Store juga menawarkan para pelanggan pengalaman secara terus dengan teknologi 5G, daripada peranti-peranti terkini 5G, robot yang dikuasakan 5G sehingga pengalaman VR dengan Kacamata HTC Viveflow VR. Dengan rekabentuk moden dan persediaan yang cukup indah, ia juga sebuah ruang yang sempurna untuk gambar-gambar ‘Instagram-worthy’, serta peluang untuk pengalaman fotografi dan penggambaran video yang dikuasai teknologi.
Turut diumumkan di majlis pelancaran tersebut ialah program eksklusif Yes, Yes 5G Databack yang diberi nafas baharu bersama Shopee, yang kini menawarkan ganjaran data 5GB buat para pengguna Prabayar dan Pascabayar Yes 5G dan 4G bagi setiap perbelanjaan bernilai RM50 dalam platform e-dagang tersebut.
Anda juga boleh mencuba Pelan Pascabayar Tanpa Had 5G tanpa Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang termurah dan terpantas secara PERCUMA dalam tempoh sebulan menerusi Laman Rasmi Yes di Shopee dengan pelan Yes Infinite Discover Postpaid Plan.
Bersempena dengan pembukaan Yes Experience Store ini, pelbagai aktiviti promosi yang mengujakan menanti orang ramai untuk tempoh masa terhad sepanjang hujung minggu ini, daripada 14 – 16 Oktober termasuk peluang untuk memenangi hadiah utama telefon Vivo V23 5G percuma atau hadiah sampingan telefon vivo Y77 5G percuma, hanya dengan mengambil video di Yes Experience Store.
Akhir sekali, Yes juga mempunyai perancangan untuk membuka Yes Experience Store di negeri-negeri lain seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Yes dan pelan-pelan 5G Yes, layari www.yes.my