Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YES tawar pek SIM YES 5G percuma untuk anda cuba rangkaian 5G


Pada 15 Disember yang lalu, Digital Nasional Berhad (DNB) secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan 5G di beberapa bandar utama di Lembah Klang yang termasuk Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Buat masa ini, hanya YTL Communication yang menggunakan infrastruktur 5G ini dan bagi memberikan pengguna merasai teknologi rangkaian 5G ini, YES kini menawarkan pek SIM YES 5G secara percuma.

Anda boleh mendapatkan pek sim YES 5G ini secara percuma mulai hari ini sehingga 14 Februari namun untuk menggunakan rangkaian 5G ini, anda harus memiliki telefon pintar 5G yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia.

Buat masa ini peranti 5G daripada Apple dan Samsung tidak lagi menyokong rangkaian 5G di Malaysia ( akan mula ditawarkan pada suku pertama 2022) namun model telefon pintar dari syarikat seperti Xiaomi, HUAWEI, vivo, Oppo, realme, ZTE, Nokia dan Honor telah disenaraikan.

Pek sim YES  FT5G Discover ini akan menawarkan anda 30 hari tempoh percubaan yang memberikan anda akses tanpa data 5G, 10GB data 4G, panggilan dan SMS percuma ke semua rangkaian YES.

Dapatkan pelan YES  FT5G Discover di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.