Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DxOmark beri 147 mata bagi ujian kamera Google Pixel 7 Pro – atasi iPhone 14 Pro

Telefon pintar flaghsip Google iaitu Google Pixel 7 Pro telah dilancarkan baru-baru ini dan pasti ramai yang ingin tahu tentang kemampuan kamera yang dimiliki telefon pintar ini.

Untuk itu, DxOmark telah menjalankan ujian kamera bagi Google Pixel 7 Pro dan telah memberikan 147 mata bagi prestasi kamera telefon pintar ini yang meletakkanya ditempat pertama bersama Honor Magic4 Ultimate.

Google Pixel 7 Pro telah memperoleh 148 mata bagi foto manakala bagi video, telefon pintar ini memperoleh 143 mata.

Berdasarkan ujian yang dilakukan DxOMark ini, Google Pixel 7 Pro dilihat mampu mengambil gambar dengan penghasilan warna yang paling tepat termasuk tona warna kulit.

Dalam pada itu, 147 mata juga bermaksud Google Pixel 7 Pro telah berjaya mengatasi kemampuan kamera yang dimiliki oleh Apple iPhone 14 Pro yang memperoleh 146 mata diikuti HUAWEI Mate 50 Pro ditempat keempat dengan 143 mata.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.