Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi A1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 359 sahaja

 

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar entry-level Redmi iaitu Redmi A1 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 359 sahaja.

Redmi A1 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.52-inci dengan resolusi 1600×720 dan turut disertakan tema gelap dan mod Night Light.

Selain itu, Redmi A1 dijana cip Helio A22 daripada MediaTek yang dipadan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Beralih ke kamera, Redmi A1 memiliki sensor utama 8MP bersama satu sensor sampingan untuk depth manakala kamera selfie adalah 5MP.

Seterusnya, Redmi A1 juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan 10W.

Akhir sekali, Redmi A1 akan ditawarkan didalam warna Black, Light Green, dan Light Blue pada harga RM 359 sahaja.

Beli Redmi A1 melalui pautan dibawah :

Shopee: https://bit.ly/RedmiA1-ShopeeMY

Lazada: https://bit.ly/RedmiA1-LazadaMY

https://buy.mi.com/my/service/wheretobuy

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.