Twitter kini menyokong perkongsian 4 jenis media didalam satu tweet
Twitter telah melakukan ujian dengan kumpulan terpilih dalam mencuba keupayaan untuk menggabungkan pelbagai bentuk media dalam satu Tweet supaya orang ramai boleh berkongsi lebih banyak konteks visual untuk mengekspresikan diri mereka melebihi 280 aksara.
Mulai hari ini, kemas kini ini tersedia bagi semua pengguna yang membolehkan mereka menggabung dan memadankan pelbagai jenis kandungan media, sama ada foto, GIF, dan video atau kesemuanya dalam satu Tweet.
Caranya melakukan tweet seperti ini adalah amat mudah dimana anda hanya perlu memilih empat jenis media, muat naiknya dalam komposer, dan tekan “Terbitkan”!
Twitter juga menawarkan beberapa contoh terbaik tentang cara pencipta kandungan, jenama, dan orang ramai di Twitter memanfaatkan kemas kini ini dan membawa kandungan visual yang lebih menarik ke garis masa (Timeline) merentasi muzik, sukan, fotografi dan banyak lagi:
-
Artis yang mempromosikan muzik seperti Nicki Minaj dan Demi Lovato, memberikan sorotan konsert seperti kumpulan K-pop Seventeen, dan meraikan kejayaan seperti Usher.
-
Pasukan sukan dan liga berkongsi sorotan permainan seperti Sixers dan Celtics serta atlet seperti Lebron James.
-
Pencipta kandungan berkongsi proses belakang tabir mereka seperti @blackprints, @jakechams, @Brandonwoelfel dan @hellotefi.
Dengan kemas kini baharu ini, pencipta kandungan mempunyai lebih banyak cara untuk bercerita, mempamerkan hasil kerja mereka dan mengekspresikan diri mereka dalam satu Tweet sahaja.
Anda juga boleh baca lebih lanjut tentang cara bagaimana pencipta kandungan @blackprints dan @jakechams menggunakan kemaskini ini untuk meningkatkan mutu kerja mereka di blog Twitter dan Twitter Help Center.
Dapatkan maklumat lanjut di @TwitterSupport dan @Twitter.