Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elon Musk dilihat akan meneruskan pembelian Twitter pada nilai $44 bilion

Elon Musk dikatakan sekali lagi telah mengubah keputusan beliau dan berniat untuk meneruskan pembelian Twitter.

Pemfailan kawalselia mendedahkan Elon Musk bercadang untuk membeli Twitter pada harga yang telah dipersetujui sebelum iaitu  $54.20 setiap saham, iaitu kira-kira $44 bilion secara keseluruhan.

Sumber yang melaporkan perkara ini juga mendakwa bahawa jualan mungkin dimuktamadkan seawal hari Jumaat pada harga yang dipersetujui pada bulan April sebelum diberi kelulusan oleh pemegang saham.

Elon Musk sebelum ini mendakwa bahawa Twitter mempunyai jumlah akaun palsu dan bots yang lebih banyak berbanding apa yang dilaporkan dan jualan ini tidak dapat diteruskan jika jumlah sebenar tidak dapat dikemukakan oleh Twitter.

Perbicaraan mengenai dakwaan ini juga dijadualkan akan berlangsung pada 17 Oktober ini namun ianya mungkin tidak berlaku jika perjanjian pembelian telah selesai sebelum itu.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.