Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meninjau Perkhidmatan OPPO Yang Menumpukan Pelanggan

 

Dalam usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang lancar, mudah dan menarik, OPPO sentiasa meletakkan pengalaman pelanggan sebagai aspek utama ketika memgambil sebarang keputusan.

Apa yang membezakan OPPO dengan jenama lain adalah perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan

Ini termasuk Aplikasi My OPPO  yang direka khusus untuk ahli dan perkhidmatan selepas jualan terbaiknya untuk memenuhi keperluan pelanggan .

Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, My OPPO App berfungsi sebagai platform yang menghubungkan ahli melalui pelbagai cara.

Sehingga kini, My OPPO App telah memberi perkhidmatan kepada lebih 2 juta pengguna di Malaysia, memberi lebih banyak kepuasan kepada pelanggan

Ini termasuk ganjaran yang menakjubkan dari semasa ke semasa seperti sambutan Hari Ahli yang diadakan pada 16 hingga 18 setiap bulan.

Setelah mendaftar sebagai ahli aplikasi My OPPO , pelanggan boleh membuka tahap dan keistimewaan baharu dengan memperoleh mata pengalaman melalui pembelian produk.

Pelbagai hadiah dan kupon disediakan seperti Ganjaran Hari Lahir, Diskaun Eksklusif untuk Kos Pembaikan, Baucar Makanan & Minuman dan banyak lagi, memastikan faedah menyeluruh untuk semua ahli.

Apa yang membezakan OPPO daripada yang lain ialah aplikasi My OPPO  juga menghubungkan ahli melalui pengalaman O-Time eksklusif. Penglibatan ini adalah acara tertutup yang memudahkan interaksi mendalam antara ahli dan jenama.

Ini termasuk percubaan awal produk terbaharu, bengkel gaya hidup seperti kelas memasak dan membakar,  perkongsian pengetahuan produk dan sesi interaktif, yang membolehkan ahli berkembang dengan OPPO.

Syarikat ini juga telah beri 94% dalam Skor Promoter Bersih (NPS), yang juga dikenali sebagai Kadar Kepuasan Pelanggan, OPPO menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang tulen.

Sebagai pelanggan OPPO, anda layak untuk menikmati pelbagai perkhidmatan percuma seperti perkhidmatan pembaikan penghantaran, kos buruh, diskaun hari perkhidmatan, perkhidmatan nyah kuman, naik taraf perisian dan pembaikan ekspres 1 jam.

Selain itu, untuk meningkatkan ketelusan perkhidmatan yang disediakan, OPPO Malaysia telah menyepadukan perkhidmatan selepas jualannya secara beransur-ansur ke dalam kedai sejak November 2019.

Kini terdapat 17 My OPPO Spaces, 2 Pusat Servis dan 1 Pusat Servis Pembaikan Hantar-Masuk di sekitar Malaysia, memastikan setiap isu pelanggan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.  

Maklumat lanjut : https://www.oppo.com/my/store/contents/event/3rdanniversarymembersmonth/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.