TWS Xiaomi Redmi Buds 4 dan Redmi Buds 4 Pro kini rasmi di Malaysia – dari RM 239
Selain pelancaran Xiaomi TV A2 Series di Malaysia, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa Redmi Buds 4 dan Redmi Buds 4 Pro akan ditawarkan di pasaran tempatan pada harga dari RM 239.
Redmi Buds 4 Pro dan Redmi Buds 4 adalah TWS terbaru syarikat ini dan akan mula ditawarkan di Malaysia pada 9 September ini.
Redmi Buds 4
Redmi Buds 4 akan tampil dengan reka bentuk semi in-ear yang memiliki pemacu dinamik 10mm dan menawarkan ciri ANC dengan kebolehan menapis bunyi hingar aktif sehingga 35Db serta mod Dual Transparency.
Redmi Buds 4 juga menawarkan sehingga 30 jam jangka hayat bateri dengan setiap buds mampu menawarkan sehingga 6 jam pendengaran.
Dalam pada itu, Redmi Buds 4 juga memiliki dua mikrofon untuk penapisan bunyi yang lebih efektif untuk panggilan lebih jelas.
Redmi Buds 4 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 239 mulai 9 September ini dan setiap pembelian akan turut menerima Redmi Buds 3 Lite secara percuma (sementara stok masih ada atau sehingga 16 September).
Redmi Buds 4 Pro
Redmi Buds 4 Pro adalah TWS flagship terbaru syarikat ini dan ianya menampilkan reka bentuk in-ear yang menawarkan ciri ANC dengan kebolehan menapis bunyi hingar aktif sehingga 43dB serta mod Transparency.
Redmi Buds 4 Pro juga memiliki sehingga 36 jam jangka hayat bateri dan nikmati bunyi imersif terbina serta turut menerima pensijilan Hi-Res Audio.
Selain itu, Redmi Buds 4 Pro juga menawarkan sokongan dual device connectivity dan sokongan aplikasi Xiaomi Earbuds.
Redmi Buds 4 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 September ini pada harga RM 369 dengan setiap pembelian akan turut menerima Redmi Buds 3 Pro secara percuma.