Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Pro dan Mate 50 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem komunikasi satelite

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series dan ianya terdiri daripada HUAWEI Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 RS Porsche Design.

Kesemua telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama HarmonyOS 3.0 namun tiada sokongan 5G disertakan dan storan dalaman adalah sehingga 512GB.

HUAWEI Mate 50 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 120H dan resolusi 1212 x 2616 piksel. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass yang didakwa telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari SGS.

Beralih kepada kamera, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS dengan 6 aperture berubah menggunakan bilah dan ianya menawarkan kadar aperture antara f/1.4 hingga f/4.0, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 dan sensor RYYB telefoto 3.5x 64MP yang mempunyai aperture f/3.5 dan OIS.

Pada bahagian selfie, HUAWEI Mate 50 Pro memiliki sensor 13MP bersama sensor 3D ToF untuk ciri face unlock yang lebih selamat.

Ke bahagian bateri pula, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Satu lagi ciri pertama yang ditawarkan pada telefon pintar adalah perhubungan satelite yang dikenali sebagai protokol Beidou Satellite Message 3 yang membolehkan anda menghantar mesej dan lokasi tanpa liputan rangkaian selular.

HUAWEI Mate 50 Pro ditawarkan didalam warna Blue, Orange dan Silver manakala warna Black dan Purple adalah kemasan berasaskan kulit.

Bercakap mengenai HUAWEI Mate 50 pula, ianya memiliki skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi yang hampir sama dan 10-bit warna.

Ianya juga memiliki tetapan kamera yang sama seperti Mate 50 Pro iaitu sensor utama 50MP dengan aperture berubah, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 namun sensor telefoto adalah berbeza iaitu sensor 12MP yang menawarkan zoom 5x.

Beralih ke bateri, ianya tampil dengan sel 4,460mAh yang memiliki pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Akhir sekali, HUAWEI Mate 50 akan ditawarkan dalam pilihan warna yang sama seperti Mate 50 Pro.

HUAWEI Mate 50 Pro akan ditawarkan di China pada harga dari CNY 6,709 bagi varian 256GB manakala HUAWEI Mate 50 pula akan ditawarkan pada harga dari CNY 4,999 iaitu bagi varian 128GB.

Buat masa ini tiada maklumat pelancaran antarabangsa didedahkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.