HONOR bakal melancarkan telefon pintar baharu di Malaysia
HONOR Malaysia menerusi laman Facebook rasminya telah mengumumkan ketibaan telefon pintar baharu tidak lama lagi.
HONOR Malaysia juga telah berkongsi rekaan panel belakang telefon pintar ini yang kelihatan premium dan disertakan dengan modul kamera dual-ring.
Berdasarkan reka bentuk ini, adalah selamat untuk kami perkatakan bahawa HONOR Malaysia bakal melancarkan telefon pintar HONOR 70 5G di Malaysia.
HONOR 70 5G telah dilancarkan untuk pasaran China pada bulan Mei yang lalu dan ianya tampil dengan spesifikasi premium seperti skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ yang turut memiliki kadar segar semula 120Hz dan 1920Hz PWM Dimming.
Honor 70 dijana dengan cip Snapdragon 778G+, dua pilihan RAM iaiti 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Beralih kepada kamera, Honor 70 memiliki sensor utama 54MP Sony IMX800, sensor ultrawide 50MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.
Selain itu, Honor 70 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W dan antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.