OnePlus Ace Pro akan turut dilancarkan pada 3 Ogos ini
Seperti diumumkan, OnePlus 10T Pro dan OxygenOS 13 akan dilancarkan pada 3 Ogos ini dan syarikat ini juga telah mengumumkan satu lagi pelancaran produk untuk pasaran China.
Pelancaran di China akan menyaksikan OnePlus Ace Pro diumumkan dan terdapat kemungkinan besar ianya adalah model OnePlus 10T untuk pasaran di sana.
OnePlus Ace Pro dijangka akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, skrin OLED 120Hz, pengecasan pantas 150W, mod game khas dan penggunaan RAM LPDDR5X yang terbaru.
Selain itu, OnePlus Ace Pro juga akan menggunakan antaramuka ColorOS dan bukanya OxygenOS seperti pada OnePlus 10T.