Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 1

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 2

realme secara rasminya telah melancarkan realme Pad X untuk pasaran global dan India menjadi pasaran pertama di luar China untuk menerima tablet ini.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 3

realme Pad X hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci dengan resolusi 2000x1200px (2K) yang mempunyai nisbah 5:3 dan kadar kecerahan maksima 450nits. realme Pad X ini juga hadir dengan sokongan stylus dan papan kekunci yang dijual berasingan.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 4

Selain itu, realme Pad X dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Storan juga boleh ditambah dengan menggunakan slot microSD.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 5

Beralih kepada kamera, tablet ini memiliki satu sensor 13MP dan satu sensor hadapan 8MP yang merupakan sensor wide-angle 105⁰ dengan ciri Limelight seperti Centrestage pada peranti Apple.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 6

Selain itu, realme Pad X juga memiliki bateri berkapasiti 8,340mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W DartCharge namun masih mengekalkan profil yang nipis iaitu hanya 7.1mm dengan berat 499 gram.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 7

realme Pad X juga hadir dengan sistem quad speaker Dolby Atmos, antaramuka realme UI 3.0 for Pad, Multi-Screen Collaboration yang disokong beberapa model telefon pintar realme dan 4 pembesar suara Dolby Atmos.

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 8

realme Pad X akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Glacier blue, dan Glowing grey. Harga di pasaran India bermula dari INR 19,999 (RM 1,117).

realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 9realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 10realme Pad X kini rasmi untuk pasaran global 11

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.