Xiaomi 12S Ultra disahkan akan memiliki sensor 1″ Sony IMX989
Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan bahawa Xiaomi 12S Series akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Julai dan kini terdapat maklumat baharu mengenai salah satu model telefon pintar ini diumumkan.
Xiaomi telah mengesahkan bahawa model paling premium iaitu Xiaomi 12S Ultra akan hadir dengan sensor kamera utama Sony IMX989 yang merupakan sensor terbesar daripada Sony dengan ukuran 1-inci.
Selain itu, kesemua telefon pintar Xiaomi 12 Series dijangka akan hadir dengan kamera yang terhasil melalui kerjasama dengan Leica.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan tiga model Xiaomi 12S Series iaitu Xiaomi 12S, ,Xiaomi 12S Pro dan Xiaomi 12S Ultra.