Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan menggunakan cip Snapdragon 778G+ yang khas

Nothing Phone (1) yang akan dilancarkan pada 12 Julai ini terus mencuri perhatian dunia teknologi dan info terbaru mengenai telefon pintar ini yang disahkan adalah berkaitan dengan cipset.

Nothing Phone (1) telah disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 778G+ yang direka khas secara eksklusif untuk telefon pintar ini.

Cip Snapdragon 778G+ yang digunakan pada Nothing Phone (1) ini adalah sama seperti cip Snapdragon 778G namun “+” ini mewaikili sokongan pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik.

Menurut Nothing, Qualcomm telah menambah ciri ini untuk ditawarkan pada Nothing Phone (1) sahaja.

Selain itu, pengasas Nothing iaitu Carl Pei juga berkata bahawa cip 6nm ini dibangunkan oleh TSMC yang menjanjikan kecekapan tenaga dan jangka hayat bateri lebih baik.

Dalam pada itu, Nothing Phone (1) akan dilaporkan akan ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 1,730.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.