Spesifikasi Xiaomi 12 Ultra mula didedahkan – pelancaran pada Julai
Xiaomi 12 Ultra yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai bakal menjadi telefon pintar flagship pertama yang akan menampilkan teknologi kamera yang dibangunkan dengan kerjasama Leica.
Walaupun kerjasama ini masih dipertingkat awal, Xiaomi 12 Ultra dijangka akan tampil dengan aspek fotografi yang lebih menyeluruh.
Dalam pada itu, khabar angin awal mengatakan Xiaomi 12 Ultra akan memiliki komponen kamera yang sama seperti Mi 11 Ultra yang bermaksud ianya akan tampil dengan sensor utama 50MP generasi baharu dengan OIS, sensor telefoto 48MP 5x dan sensor ultrawide 48MP.
Selain itu, tambahan baharu pada Xiaomi 12 Ultra adalah sensor 3D ToF manakala kamera selfie adalah 20MP sama seperti generasi sebelum ini.
Xiaomi 12 Ultra akan hadir dengan skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar 120Hz.
Selain itu, Xiaomi 12 Ultra juga akan menggunakan cipset flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1+, 8 atau 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 3.1.
Akhir sekali, Xiaomi 12 Ultra juga dijangka akan tampil dengan bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W.