Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer Riba Gaming ASUS TUF Dash F15 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 4,699

ASUS secara rasminya telah melancarkan komputer riba gaming terbaru mereka iaitu TUF Dash F15 yang disertakan dengan Windows 11 dan cip Intel generasi ke-12.

ASUS TUF Dash F15 menampilkan reka bentuk nipis dan ringan yang diselitkan dengan DNA yang memfokuskan kepada Gaming TUF.

Model 2022 ini telah dikemas kini dan dinaik taraf dengan perkakasan terkini, manakala ketebalan casis masih kekal di bawah 20 mm.

ASUS TUF Dash F15 hadir dengan skrin paparan 144Hz dengan resolusi FHD+ yang mempunyai tindak balas pantas terhadap sentuhan 3ms, Adaptive Sync dan sokongan Thunderbolt 4.

Dari segi cipset, ASUS TUF Dash F15 menggunakan dua cipset Intel Gen 12 iaitu i5-12450H dan i7-12650H, RAM 8GB DDR5-4800 atau 16GB DDR5-4800, storan dalaman SSD 3.0 M.2 NVMe PCIe berkapasiti 512GB.

Dari segi grafik pula, terdapat tiga jenis kad grafik yang ditawarkan iaitu RTX 3050 4GB GDDR6, RTX 3050Ti 4GB GDDR6 dan RTX 3060 6GB GDDR6.

Selain itu, komputer riba gaming ASUS TUF Dash F15 ini juga disertakan dengan bateri 76Wh dengan sokongan USB-C Power pada kadar sehingga 100W, Wi-Fi 6, kamera web 720p, dan sistem audio Dolby Atmos serta Hi-Res Audio.

Komputer gaming ini juga mempunyai 2 port Type-C USB (1x Thunderbolt 4 dan 1x USB 3.2 Gen2).

ASUS TUF Dash F15 ditawarkan pada harga dari RM 4,699 sehingga RM 6,299 mengikut varian seperti dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.