Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri pemindahan sejarah sembang WhatsApp dari Android ke iOS mula di uji

Selepas penantian lama, WhatsApp akhirnya telah mula menawarkan ciri pemindahan sejarah sembang dari iOS kepada Android tahun lalu yang mana pada mulanya ianya ditawarkan eksklusif kepada pengguna flagship Samsung sebelum ditawar kepada semua peranti Android 12.

Hari ini, WhatsApp kini telah memulakan ujian beta bagi pemindahan sejarah sembang dari Android kepada iOS pula.

Proses pemindahan sejarah WhatsApp ini berlangsung pada proses tetapan pertama pada iPhone iaitu melalui aplikasi Move to iOS dan kedua-dua peranti mesti dihubungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama dan disambungkan kepada pengecasan.

Walaupun telah memasuki fasa ujian beta, ciri ini dijangka akan mengambil masa sebelum ditawarkan secara meluas kepada semua pengguna.

Selain itu, maklumat mesej pembayaran dan sejarah panggilan WhatsApp dari Android tidak akan dipindahkan ke iPhone.

Maklumat lanjut boleh didapati di

https://faq.whatsapp.com/general/chats/how-to-migrate-your-whatsapp-data-from-android-to-iphone

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.