Elon Musk secara rasminya telah mengambilalih Twitter pada harga $44 bilion
Elon Musk secara rasminya telah mengambilalih syarikat Twitter dengan $44 bilion dan ini juga bermaksud Twitter kini tidak lagi akan didagangkan dan menjadi syarikat milikan tunggal Elon Musk.
Elon Musk akan membayar sebanyak $54.20 bagi setiap saham iaitu 38% lebih tinggi berbanding harga satu unit saham ketika ianya kali terakhir didagangkan.
Kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi yang berfungsi, dan Twitter ialah dataran digital di mana perkara-perkara penting untuk masa depan manusia dibahaskan”, Musk berkata. “Saya juga mahu menjadikan Twitter lebih baik daripada sebelumnya dengan meningkatkan produk dengan ciri baharu, menjadikan algoritma sumber terbuka untuk meningkatkan kepercayaan, mengalahkan bot spam dan mengesahkan semua manusia.
Twitter mempunyai potensi yang sangat besar – saya berharap dapat bekerjasama dengan syarikat dan komuniti pengguna untuk membuka kuncinya”, sambungnya.