Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra – 6 Ciri terbaik S Pen yang perlu anda tahu

Samsung Galaxy S22 Ultra telah dilancarkan pada awal bulan Februari yang lalu yang telah menyaksikan ianya menerima rekod pra-tempahan yang luar biasa.

Salah satu kunci kejayaan Samsung Galaxy S22 Ultra ini adalah penawaran S Pen yang ditawarkan buat pertama kali pada Galaxy S22 Series.

S Pen pada Galaxy S22 Ultra adalah yang terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini iaitu dengan latensi rendah 2.8 saat yang memberikan anda pengalaman menulis seperti pada pen atau pensil.

Selain itu, kegunaan S Pen meliputi pelbagai fungsi yang lain seperti berikut :

Screen Off Memo – ciri membolehkan anda mula mencatit nota sejurus selepas S Pen dikeluarkan dari slot tanpa perlu mengaktifkan peranti. Skrin akan kekal didalam warna hitam dan terdapat beberapa pilihan warna tulisan pada mod ini.

S Pen Unlock – Membolehkan anda unlock peranti dengan menggunakan S Pen (tekan butang pada S Pen) tanpa perlu memasukkan kod kunci atau capjari. Anda boleh melakukan S Pen Unlock ini apabila S Pen digunakan atau berada di luar slot.

Smart Select – Smart Select adalah ciri pintar yang membolehkan anda melakukan screenshot skrin yang mempunyai maklumat atau imej yang diperlukan sahaja tanpa perlu screenshot keseluruhan skrin.

Anda boleh juga boleh melukis sendiri bahagian yang diperlukan menggunakan S Pen dan ianya juga boleh di ‘Pin’ pada skrin atau dimasukkan pada aplikasi seperti Samsung Notes.

Translate – S Pen juga boleh digunakan untuk melakukan terjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan mudah. Anda hanya perlu memilih Translate selepas mengeluarkan S Pen dan meletakkan stylus pada bahagian atas perkataan yang hendak diterjemahkan. Translate menyokong sehingga 40 bahasa yang termasuk bahasa Melayu.

Note to Text – Samsung Galaxy S22 Ultra juga menyokong fungsi mengubah tulisan anda menjadi teks seperti menggunakan papan kekunci. Ciri ini pasti amat berguna ketika anda mencatit nota dan menjadikanya teks yang lebih kemas selepas itu.

Ciri ini di sokong pada aplikasi Samsung Notes dimana anda hanya perlu menekan menu Convert to text dibahagian bawah untuk mengubah semua tulisan anda kepada teks.

Air Actions – Air Actions membolehkan anda berinteraksi dengan telefon pintar tanpa perlu menyentuh skrin dan hanya dengan menggunakan S Pen.

Ianya menyokong pelbagai aplikasi termasuk kamera, media, gallery dan banyak lagi.

Selain ciri di atas, S Pen pada Galaxy S22 Ultra juga mempunyai pelbagai ciri lain yang menjadikan pengalaman menggunakan telefon pintar lebih mudah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada input sentuhan skrin.

Samsung Galaxy S22 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,099.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.