Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F4 GT kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 – harga promosi dari RM 1,999 sahaja

Poco secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip 2022 global mereka iaitu Poco F4 GT Pro yang bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Poco F4 GT hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci yang merupakan paparan rata dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya merupakan 10-bit yang menyokong 1 bilion warna.

Selain itu, Poco F4 GT hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang memiliki sistem penyejukan LiquidCool 3.0, 8GB atau12GB RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera, Poco F4 GT memiliki sensor utama 64MP Sony IMX 686, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor flicker. Kamera selfie adalah 20MP Sony IMX 596.

Selain itu, Poco F4 GT juga memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh namun yang paling mencuri tumpuan adalah sistem pengecasan terbaik pernah ditawarkan pada telefon pintar jenama Poco iaitu 120W HyperCharge yang mampu memenuhi bateri ini didalam masa 17 minit sahaja.

Poco F4 GT akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299 bagi versi 8GB + 128GB manakala versi 12/256GB akan ditawarkan pada harga RM 2,499.

POCO F4 GT akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Stealth Black, Knight Silver, dan Cyber Yellow.

Bagi anda yang berminat, pada 28 April ini Poco F4 GT akan ditawarkan pada harga eksklusif hari pertama jualan iaitu hanya RM 1,999 dan RM 2,199.

Shopee : 8GB+128GB | 12GB+256GB

Lazada : 8GB+128GB | 12GB+256GB

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.