Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno8 Series dilaporkan akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1

Oppo Reno8 Series dilaporkan akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1 1

Oppo Reno8 Series dilaporkan akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1 2
Digital Chat Station mendakwa bahawa OPPO Reno8 Series akan menjadi antara peranti pertama dipasaran untuk menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1.

Selain itu, OPPO Reno8 Series juga dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz berukuran 6.55-inci yang turut memiliki sensor capjari terbina dalam skrin.

Bersama Snapdragon 7 Gen 1 ini, Reno8 Series juga akan dipadankan dengan RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 serta GPU Adreno 662.

OPPO Reno8 Series juga dilaporkan akan memiliki sensor utama 50MP IMX766, satu sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 32MP.

Selain itu, telefon pintar ini juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Selain penggunaan cip Snapdragon 7 Gen 1, salah satu model OPPO Reno8 juga akan tampil dengan cip atasan MediaTek Dimensity.

OPPO Reno8 Series dilaporkan akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.